Thursday, September 30, 2010

Umno Dan Kegiatan Judi...!

 Wednesday, April 21, 2010

YAYASAN NOAH DAN PEMEGANGNYA

UMNO dan kegiatan judi 09-08-2003

  Bukit Tinggi Resort Berhad
Bukit Tinggi Resort Berhad merupakan syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan yang dikenali rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Bukit Tinggi yang mula beroperasi sejak tahun..adalah merupakan ilham Dr. Mahathir seperti yang pernah dijelaskan oleh pengurus Besar Bukit Tinggi, Teh Ming Wah dalam satu wawancara dengan The New Paper Singapura tidak lama dulu.


Operasi judi melalui mesin slot di Bukit Tinggi mula dijalankan apabila Kementerian Kewangan yang diketuai oleh Dr. Mahathir sebagai Menteri 1 dan Datuk Dr. Jamaluddin Jarjis sebagai Menteri 2 meluluskan lesen judi mesin slot berkenaan.

Ini menjadikan Menteri yang datangnya dari Umno memberikan kelulusan lesen judi.

Menambah jelaskan lagi penglibatan Umno di dalam kegiatan judi di Bukit Tinggi ialah apabila terbongkar pegangan saham Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Kerja Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor di dalam syarikat berkenaan.

Ini menjadikan adanya pemimpin Umno yang punya pegangan langsung di dalam syarikat yang menjalankan aktiviti perjudian tersebut.

Sekalipun Tengku Adnan menyatakan bahawa beliau telah menjual saham Bukit Tinggi dua tahun lalu, hakikatnya, laporan tahunan PASDEC Holdings Berhad, satu lagi syarikat yang memiliki saham Bukit Tinggi kepada Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) masih menyatakan pegangan Tengku Adnan.

Begitu juga halnya dengan PASDEC, sebuah anak syarikat kerajaan negeri Pahang yang diketuai oleh Menteri Besarnya Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Pahang.

Walaupun PASDEC telah menjual saham Bukit Tinggi tetapi ia hanya dilakukan pada 27 Mei 2003 yang lalu setelah pendedahan dibuat oleh Seruan Keadilan dan bercanggah dengan kenyataan Adnan bahawa PASDEC telah menjual saham tersebut dua tahun lalu.

Berdasarkan senario ini apa yang dapat disimpulkan penglibatan Umno baik melalui kuasa menteri, pegangan saham menteri dan pegangan saham syarikat kerajaan negeri amat jelas sekali.
Sebab itu tidak salah jika ada yang berpandangan Umno amat berkait rapat dengan aktiviti judi di negara ini.

  Umno tiada hak bicara soal agama dan moral

Penglibatan Tengku Adnan Tengku Adnan Tengku Mansor di dalam pemilikan saham syarikat perjudian menghapuskan hak Umno untuk berbicara tentang pendaulatan agama dan moral.

Selaku Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Tengku Adnan adalah lambang pemimpin Umno dan sekaligus menjadi lambang perjuangan parti berkenaan.
Sebagai tonggak parti dan selaku pemimpin, penglibatan Tengku Adnan memberikan tafsiran bahawa Umno tidak punya halangan sekiranya pemimpin parti itu turut terlibat di dalam menganjurkan syarikat perjudian.

Umno tidak boleh menyatakan bahawa pegangan saham syarikat judi oleh Tengku Adnan tidak punya kaitan dengan parti itu kerana sebelum melantik pemimpin apakah Umno tidak memeriksa latarbelakang seseorang.

Dalam hal Pengarah Penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya umpamanya, Kapt (B) Abdul Kudus Ahmad dipecat kerana tidak mengisytiharkan status muflisnya dan pemimpin kerajaan baik menteri mahupun pemimpin Umno menuntut tindakan tegas diambil.

Malah Kudus diibaratkan menjejaskan nama baik MPAJ.

Hal sama sepatutnya terpakai dalam isu Tengku Adnan. Apakah Umno tidak memeriksa latarbelakang seseorang itu sebelum dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri dan Setiausaha Kerja.

Bagaimana Umno yang mendakwa dalam fasal tujuan penubuhannya untuk mengembang dan mempertahankan kesucian Islam boleh membiarkan seorang pemimpin dilantik sekalipun diketahui memiliki saham syarikat perjudian.

Penglibatan Tengku Adnan dalam syarikat judi bukanlah sesuatu yang baru seperti pemilikan saham dalam Bukit Tinggi Resort Berhad yang memperolehi lesen judi mesin slot tetapi jauh sebelum itu sehingga kini beliau masih memegang saham dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sports Toto Malaysia.

Mana mungkin Umno boleh berbicara soal mendaulatkan Islam jika pemimpinnya sendiri terlibat dengan syarikat yang menganjurkan perjudian.

Apa mungkin Umno berbicara soal membela nasib bangsa jika pemimpinnya mendapat keuntungan daripada syarikat judi yang terbukti membawa lebih banyak kerosakan kepada masyarakat.
Bagaimana mungkin Umno boleh berbicara soal membela negara jika pemimpinnnya sendiri terlibat dengan menganjurkan perjudian yang prinsip penjudi ialah sanggup menggadai apa sahaja asalkan mendapat keuntungan.

Dengan sebab itu, Umno sudah hilang hak dan kewibawaan untuk berbicara soal membela agama, banga dan negara.

Bagaimana Umno hendak menjustifikasikan mereka mempertahankan kod kedaulatan agama dan moral jika pada masa yang sama pemimpinnya begelumang dengan kegiatan tersebut.

Malah dalam kes Tengku Adnan, penglibatan beliau di dalam syarikat perjudian sejak sekian lama menimbulkan keraguan melampaui soal integriti dan kewibawaan.

Sebagai contoh dalam konteks Umno Wilayah Persekutuan yang diketahui punya sumber dana yang melimpah dan mewah, apakah tidak mungkin dana berkenaan datangnya daripada kantong aktiviti perjudian melalui pegangan saham Pengerusi Umno Wilayah.

Dana itu pula ada yang disalurkan melalui program kebajikan yag sering digunakan oleh Umno sebagai sogokan dan ugutan kepada rakyat miskin. Apakah rakyat miskin diberikan bantuan melalui hasil wang perjudian.

Sebab itu aktiviti judi lebih membawa kepada keburukkan dan Umno membiarkan keburukkan ini dikendalikan oleh pemimpinnya.

Sehubungan itu sudah tiba masanya ahli-ahli Umno Wilayah khususnya dan rakyat amnya mempersoalkan mengenai dana yang dibawa oleh tokoh seperti ini.

  Umno dan Sports Toto

Sports Toto Malaysia diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asal syarikat berkenaan ialah Unilite Electrical Industries Berhad. Setelah itu pada tahun 1987 ia ditukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam penstrukturan semula pada tahun 1992, ia diambil alih oleh Berjaya dan dikenali sebagai Berjaya Sports Toto Berhad.
Sehingga kini Sports Toto mempunyai 681 kedai judi di seluruh negara dan mempunyai dua syarikat perjudian di luar negara iaitu Philippines Berjaya Toto dan pada tahun 1997 membantu kerajaan Ghana menyusun kegiatan loteri di negara berkenaan.

Syarikat ini adalah merupakan anak syarikat milik penuh Berjaya Group Berhad yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan, kroni yang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Berdasarkan carian yang dibuat Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah yang juga Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Tengku Adnan Tengku Mansor masih memegang saham di dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sports Toto.

Pegangan Tengku Adnan sebanyak 3.5 juta saham dibuat melalui Cimsec Nominees.

Ini menjadikan Tengku Adnan `mewakili Umno di dalam syarikat perjudian Sports Toto melalui pegangan saham Berjaya Group Berhad.

Selain itu, Sports Toto Malaysia juga mempunyai dua pengarah yang merupakan bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang kebetulan orang Melayu dan beragama Islam. Mereka ialah Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamed Saleh Gomu.

Selain dua bekas pegawai kanan polis tersebut, antara muka Melayu yang menjadi pengarah syarikat di bawah kumpulan Berjaya yang turut memiliki saham dalam Sports Toto Malaysia ialah Datuk Annuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor yang menjadi pengarah Berjaya Group Berhad yang memiliki 292,336,584 saham di dalam Sports Toto.

Manakala dua lagi pengarah Melayu iaitu Datuk Adnan Shuaib dan Arsam Damis masing-masing menjadi pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 saham di dalam Sports Toto.

Daripada carta ini jelas Umno punya `wakil dalam syarikat judi dan bekas polis turut `melindungi kegiatan judi berkenaan.


                                                   
                             
                                                    Majlis berbuka puasa dan sumbangan oleh Sport Toto.

  Umno dan Genting

Genting Berhad yang merupakan pengendali kasino terbesar di Asia Tenggara diasaskan pada 30 Julai 1968.

Tiga tahun selepas ditubuhkan iaitu pada 28 Disember 1971, Genting Highlands Hotel Sdn. Bhd telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan pada tahun 1978 dikenali sebagai Genting Highlands Hotel Berhad.

Setelah itu namanya dikenali sebagai Genting Berhad dan menjadi pusat perjudian terbesar di rantau ini.

Di bawah bendera Genting, dua syarikat utamanya ialah Resort World Berhad dan Genting Berhad.
Penglibatan Umno dalam syarikat perjudian ini telah berlangsung dan warisannya masih kekal sehingga ke hari ini.


                              


Umno melalui bekas Pengerusinya, Tan Sri Noah Omar yang kini dikendalikan oleh Yayasan Noah memiliki 602,318,000 saham di dalam Resorts World Berhad yang mengendalikan perniagaan judi dalam dan luar negara termasuk di atas kapal peranginan.


Manakala sebanyak 3,334,600 saham Genting Berhad dipegang oleh Yayasan Noah yang mana syarikat berkenanaan merupakan syarikat pegangan ekuiti perniagaan judi dan kasino.


Yayasan Noah kini diwarisi oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang kedua-duanya adalah cucu kepada Tan Sri Noah.
Selain itu beberapa tokoh Melayu turut menjadi pengarah Resort World Berhad dan Genting Berhad.


Antaranya ialah bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Osman dan bekas pegawai bank, Datuk Paduka Nik Hashim Yusof yang menjadi Pengarah Genting Berhad.


                        


Manakala bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resorts World Berhad.


Ini memperlihatkan penglibatan Umno dalam aktiviti perjudian sudah bertaut sejak dulu lagi malah kini diwarisi oleh generasi kepimpinan muda dalam Umno.

                                    
                               
                            Bakti mendapat sumbangan RM 200,000 dari Genting Group. 

Umno dan Magnum 4D


Magnum 4D Berhad sebelum ini dikenali sebagai Leisure Management Berhad. Ia kadang kala lebih popular di kalangan kaki ekor sebagai tempat pelaburan.


Magnum 4D mempunyai lapan wilayah Magnum 4D Sdn Bhd iaitu Magnum 4D Selangor, Perak, Penang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pantai Timur dan Malaysia Timur. Semua Magnum 4D wilayah ini menjadi anak syarikat Magnum 4D Berhad.


Syarikat ini mempunyai kepentingan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan. Ini berikutan pegangan saham Menteri Kewangan Diperbadankan melalui dua syarikat yang memegang saham di dalam magnum 4D.


Pertamanya ialah Multipurpose Berhad yang menyaksikan pegangan 7,723,285 saham oleh Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam syarikat itu dan Multipurpose pula memiliki 461,473,178 saham di dalam Magnum dan 60,502,000 saham dalam 4D.


Ini menjadikan menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai pegangan tidak langsung melalui Multipurpose di dalam `pusat pelaburan mingguan tersebut.


Keduanya, Menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai saham di dalam Kamunting Corporation Berhad iaitu sebanyak 3,055,069 saham. Manakala Kamunting yang pengerusinya ialah bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Haji Mohamed Al-Amin Majid memiliki 1,900,000 saham di dalam 4D.


Ini menjadikan lingkaran pegangan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam syarikat judi dibuat melalui pegangan dua syarikat.


Menyentuh mengenai Magnum 4D Berhad, nama yang tidak boleh dipisahkan ialah Tan Sri Khir Johari yang merupakan pengarah syarikat itu. Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Umno memiliki 40,843 saham di dalam Magnum dan 6,666 saham di dalam 4D.


Lebih memeranjatkan bekas Peguam Negara yang kini Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut memiliki saham dalam 4D dengan pegangan sebanyak 1,666,666 saham.


Di samping itu Nor Anita Abu Talib dipercayai anak Abu Talib turut memiliki saham syarikat perjudian berkenaan iaitu sebanyak 680,334 saham.
Lingkaran dan putaran pemilikan saham syarikat perjudian ini menjadikan pemerintah Umno sebagai penggalak kepada aktiviti `pelaburan mingguan bursa empat nombor ekor atau singkatnya BENE.     

                                           


                                                             

Perlukah Memulangkan Wang Sumbangan Kerana Ia Hasil Judi...?

Perlukah Memulangkan Wang
Sumbangan Kerana Ia Hasil Judi ?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman


Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.


DARI SUDUT HUKUM
Jika dilihat dari sudut hukum,  jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, kepercayaan warga emas tersebut adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.
Fakta berikut perlu difahami:
1.  Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.
Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.
Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya.  Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.




2.   Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.
Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.
3.  Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.
Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 )
PANDANGAN ULAMA MAZHAB
Ulama hanafi menyebut :-
والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله
Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)
Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)
Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:
وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا
Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428)
Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-
وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل
Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)
Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :
إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري
Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606)


RINGKASAN DALIL
Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-
1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :
هذا سحت فتصدق به
Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)
Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.
2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]
3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

KESIMPULAN 
·       Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka bercampur antara wang halal dan haram.
·       Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini. Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.
·       Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.
·       Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.
·       Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.
 
 
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
30 Sept 2010

Monday, September 20, 2010

Pengertian Bulan Dan Hari Dalam Tahun Masehi...!

Pengertian Bulan-Bulan Masehi

* 1. Januari – berasal dari perkataan ‘Janus‘, iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.

* 2. Februari - berasal dari bahasa Latin iaitu ‘Februo‘ yang bermaksud ‘kesucian’. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.

* 3. Mac - berasal dari perkataan ‘Mars‘, iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.

* 4. April - berasal dari bahasa latin iaitu ‘Aperto‘ yang bererti ‘terbuka’ atau ‘berkembang’. Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* kerana menghormati tuhan musim panas (summer).

* 5. Mei - berasal dari perkataan ‘Maia’ iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama ‘Atlas’.

* 6. Jun - berasal dari perkataan ‘Juno‘, salah satu tuhan orang Romawi.

* 7. Julai - berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah ‘Julius Caesar’ yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.

* 8. Ogos - berasal dari nama pemimpin Rom iaitu ‘Caeser Augustus’ bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama ‘Sextilitis‘ (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.

* 9. September – berasal dari perkataan ‘Septem‘ yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.

* 10. Oktober – berasal dari perkataan ‘Octo‘ yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.

* 11. November – berasal dari bahasa latin iaitu ‘Novem‘ yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.

* 12. Disember – berasal dari bahasa latin ‘Decem‘ yang bererti ‘sepuluh’ tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.

Nama Asal Hari-Hari Masehi

* 1. Sunday – berasal dari perkataan ‘Sun’s Day’ ertinya matahari (dewa Sun).

* 2. Monday – berasal dari perkataan ‘Moon’s Day’ bererti hari bulan.

* 3. Tuesday – berasal dari perkataan ‘Day of Tyr’ sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama ‘Tyr’.

* 4. Wednesday – berasal dari perkataan ‘Woden’ nama salah satu dewa suci Rom.

* 5. Thursday berasal dari perkataan ‘Day of Thor’ sempena nama dewa Rom iaitu ‘Thor’ yang bermakna ‘Dewa Halilintar’.

* 6. Friday – berasal dari perkataan ‘Day of Freya’ iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama ‘Freya’.

* 7. Saturday – berasal dari perkataan ‘Saturnus’ yang bererti bintang ‘Saturnus’ mengikut kepercayaan orang Romawi.

 
                                                          
    Perlukah umat Islam menyambut tahun baru masehi ini...? 
Awasilah diri kita dalam menyambut tahun baru masehi agar tidak tergelincir dari landasan Islam.
Wassalam...!

Gracias...!

Monday, September 6, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri...!



       Warga Pasbinjai mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Fitri kepada seluruh muslimin dan muslimat walau dimana jua anda berada.Semoga sinar Syawal memberi keinsafan kepada kita semua setelah mengharungi dugaan dan cabaran di bulan Ramadhan.Hiasilah hari raya anda dengan sunatullah...!
      Pasbinjai mohon maaf zahir dan batin...!