Sunday, October 17, 2010

Konspirasi Dunia...Obelisk di Putrajaya !

Pernahkan anda mendengar tentang Obelisk? Saya pasti ramai daripada anda pernah terlihat binaan ini. Tetapi apa sebenarnya Obelisk ini? Kenapa ia berada di serata dunia, termasuklah di negara kita, Malaysia sendiri? Tidak percaya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kebenaran yang tersirat.
Obelisk ini sebenarnya berasal dari Tamadun Mesir Purba dibina untuk melambangkan Tuhan Matahari mereka (Ra) dan mereka percaya Ra wujud bersama Obelisk ini. Mereka telah membina lebih kurang 29 buah obelisk untuk Tuhan Ra mereka. Obelisk juga dikenali dengan nama ‘Cleopatra Needle’ dan diasaskan dari ‘Sun Pillar’.
                                                                                    
                                                          Sun Pillar
Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah “obelisk” hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu.

Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.
Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat:
Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih (Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya)
                                                                
                                        Melontar

Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith). Perkataan ‘obelisk’ berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Tidakkah kamu sedar wahai penganut Kristian, agama kamu telah diubah menjadi agama Pagan? Ajaran asal Nabi Isa a.s tidak mengajar kamu mengagungkan binaan syaitan ini!
Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di:
Mesir (8 buah)Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Ramses II, Luxor Temple
Pharaoh Hatshepsut, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo
Pharaoh Ramses III, Luxor Museum
Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m
Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m
Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m
Perancis (1 buah)
Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris
Israel (1 buah)
Caesarea obelisk
Italy (11 buah termasuk 1 di Vatican City)8 di Rome
Piazza del Duomo, Catania (Sicily)
Boboli Gardens (Florence)
Urbino
Poland (1 buah)
Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches Museum und Papyrussammlung, Berlin)
Turki (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul
United Kingdom (4 buah)Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatra’s Needle”, di Victoria Embankment, London
Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham
Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset
Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London
Amerika Syarikat (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatra’s Needle”, di Central Park, New York
Adakah Obelisk ini wujud di Malaysia? Pasti ramai antara kita yang tidak tahu dan perasan sebenarnya di Malaysia tidak terlepas dari binaan dajal ini. Obelisk di Malaysia terletak di Precint 2, Putrajaya. Berikut adalah petikan dari laman web Malaysia Travel Guide, klik sini.
This is the city’s own version of the Washington Monument in Washington, DC. Considered to be the national monument of Putrajaya, the Millennium Monument is a metal obelisk that stands 68 meters tall and is located within a 25-hectare park situated in Precinct 2. The etchings adorning the monument depict key moments and events of Malaysia’s history.
Sabda Rasullulah: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan). – Hadis Riwayat Abu Daud

                    
                  National Millennium Monument, Putrajaya
Berikut adalah gambar-gambar obelisk di serata dunia.

                 St. Peter Square, Vatican.


 
             Luxor Obelisk, Paris.

           Central park, New York.

 
           Buenos Aires, Argentina.

                 Pheonix Park, Dublin.

 
                 Sao Paolo. Brazil.

 
                Istanbul, Turki.

                                                         London, England.
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”. – Luqman 13

Petikan dari :   http://feryco.com/konspirasi-dunia-obelisk-di-putrajaya                                                                                             


Sunday, October 10, 2010

Ops Al-Falah.....Sembang Kedai Kopi!


Aturcara terakhir dewan pemuda dalam program ops al-falah adalah sembang kedai kopi bersama pengerusi Dun.Program ini mengumpulkan pemuda cawangan dan dun serta warga binjai dalam sessi minum pagi dan beramah mesra.


Sambil menunggu pesanan makanan,Cikgu Alias berbual-bual dengan warga binjai yang sedang makan.



Ketua pemuda dan beberapa orang kampung sedang menikmati hidangan roti canai.


Kelihatan ketua cawangan dan setiausaha Dun sedang sarapan roti canai.


Suasana di dalam kedai.


Pemilik kedai sedang menyiapkan roti canai yang ditempah oleh pelanggan.


   

Jejak Pemuda...!

   Selesai menikmati jamuan raya yang meriah,beberapa orang ajk pemuda dun dan cawangan mengatur langkah menziarahi beberapa rumah pemuda untuk bertanya khabar dan menyelami kehidupan mereka.Ada antara mereka yang mempunyai anak istimewa yang perlu diberi perhatian.Pemuda DUN dan cawangan perlu memainkan peranan yang lebih efektif untuk membantu golongan ini.Sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban dan cakna tentang  kehidupan mereka.



Ketua pemuda cawangan nenunjukkan seorang kanak-kanak istimewa yang mengidap penyakit pembesaran kaki yang tidak seimbang.Kanak-kanak ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya.





Ustaz Nazri selaku Ketua Pemuda DUN berkata sesuatu sambil menyampaikan risalah program kepada salah seorang pemuda warga binjai.


Ustaz Nazri menziarahi dan beramah mesra dengan pemuda binjai.



 Menyapa pemuda kampung dan berbual walaupun di pinggiran jalan.

   Program ziarah ini wajar diteruskan secara berkala untuk meninjau kehidupan mereka agar lebih tercakna.

Program Ops Al-Falah...!

    Alhamdulillah program Ops Al-Falah anjuran MTD Rantau Abang telah berjaya diadakan dengan jayanya di upu Kg. Binjai Che Lijah.Program ini telah dirancang dengan teliti dan melalui beberapa mesyuarat untuk dijayakan pada 7,8 dan 9 hb Oktober yang lalu.Antara aturcara utama yang dilakukan adalah program ziarah muslimat,jejak pemuda dan ziarah pimpinan disamping program tarbiyyah ahli dan pemuda.Kuliah agama dan qiamullail selalunya diberi penekanan untuk mempertingkatkan diri.
   Program ini mendapat sokongan yang kuat dari pimpinan MTD dan Pemuda DUN serta sokongan dari pemuda-pemuda cawangan yang berdekatan.Sambutan yang diterima dari penduduk setempat juga amat menggalakkan.Program sambutan hari raya mendapat sambutan yang ramai dari penduduk setempat dan sekitar.Majlis ini diselangselikan dengan ucapan pengerusi Dun dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat.                   
                      

                                                   




                       
                                               
  Disamping itu sumbangan duit raya untuk kanak-kanak dan anak-anak yatim juga dilakukan.Kemeriahan amat dirasai terutamanya kanak-kanak.


                                                    


                                                   


                                                  


                                                 


                                                                
  Kemuncak program ini dilakukan ceramah isu-isu semasa serta tayangan lcd dari penceramah jemputan.Antara yang hadir sebagai penceramah adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Azman Shapawi,Adun Sura Ustaz Wan Hassan Wan Ramli dan Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Suhaimi Saad.


                                                 


                                                   


                                                  
                                                          
     Penceramah jemputan dari negeri Pahang Ustaz Ibrahim Saad Ketua Pemuda PAS Pahang sedang berucap dengan bantuan layar lcd.Ceramah yang cukup berinformasi...!

   Graciasss...!

                                     

Saturday, October 9, 2010

Gotong Royong Jamuan Hari Raya...!

     Muafakat memberi berkat...itulah ungkapan yang sesuai diberikan dalam satu semangat kerjasama atau gotong royong.Walaupun Syawal sudah menghampiri ke penghujungnya... Qaryah Surau Hj. Zakaria tidak melepaskannya dengan sia-sia.Amanah yang diberikan oleh MTD Rantau Abang tidak dipersiakan.Surau Hj. Zakaria diamanahkan menjadi tuan rumah dalam program sambutan hari raya DUN Rantau Abang.

                                             

   Pagi Jumaat 08 / 10 / 2010 satu gotong royong memasak gulai daging dilakukan oleh qaryah surau.Ramai ahli qaryah muslimin dan muslimat yang ringan tulang datang membantu melakukan kerja amal ini.Dari persiapan memasak,membersih surau dan kawasan sekitar dilakukan dengan penuh ukhuwah persaudaraan.

                                              


                                               
                                                  

                                               

 Menjelang tengahari persiapan selesai dilakukan dan selepas solat Jumaat kehadiran pengunjung yang begitu ramai memeriahkan sambutan hari raya ini dapat disaksikan. 

                                                 


                                                 


                                                 


                                            

Ukhuwah seperti ini perlu dikekalkan dan semoga sambutan pada tahun akan datang lebih bermakna lagi...!
Graciass...!

Ops Al-Falah...Ziarah Pimpinan!

 Dalam program ops al-falah salah satu aturcara yang dilakukan adalah ziarah pimpinan.Satu rombongan kecil ini yang terdiri dari Pengerusi Dun ,ketua cawangan dan setiausaha,serta muslimat akan menziarahi rumah penghuni warga binjai yang uzur dan sakit untuk menyampaikan sedikit buah tangan dan bertanya khabar.Beberapa buah rumah telah dikenalpasti untuk dibuat kunjungan.Antaranya seorang warga binjai yang uzur menghidap penyakit angin,bekas imam masjid che lijah dan beberapa buah rumah penduduk kampung.
                      


                     
 Menziarahi rumah penduduk yang menghidap penyakit  angin.


             
 Bertanya khabar di rumah bekas imam masjid Che Lijah.



Di hadapan rumah seorang penduduk kampung.






    

Monday, October 4, 2010

Pengumuman Ceramah Isu Semasa...!

 Sempena program Ops Al-Falah MTD Rantau Abang pada 7, 8 & 9 hb Oktober 2010 ini ,satu ceramah akan diadakan di surau Hj. Zakaria seperti yang tertera di bawah...!


   Muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai...!

Sunday, October 3, 2010

Ijtimak Tarbawi...Gambar Sana Sini!




      Pemuda Dun Rantau Abang berkumpul di Masjid Rantau Abang sebelum berkonvoi ke Masjid Rusila.


Ketua Pemuda Cawangan Binjai dan rakan bersama Timbalan Pemuda PAS Pusat.

                               
                Ucapan dari Ketua Pemuda PAS Pusat.


Perasmian oleh Tuan Guru Presiden PAS.

                                                                                              
                                                
 Pemuda khusyuk mendengar amanat Presiden.



Tuan Guru Mursyidul Am PAS diiringi ke pentas ceramah.



Pidato Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan.



Pendokong perjuangan Islam membanjiri Dataran Rusila mendengar ceramah  pimpinan Pas.