Friday, December 31, 2010

Bubur Asyura Qaryah Kg. Binjai...!

      25 Muharam 1432 adalah hari terakhir tahun masehi 2010 sudah sampai ke penghujungnya.Sepanjang tahun dah bermacam-macam program di atur untuk memenuhi jadual aktiviti masyarakat Qaryah Kg. Binjai.Bagi permulaan bulan Muharam tahun ini...aktiviti memasak bubur asyura secara gotong-royong dilakukan beramai-ramai.Masyarakat Binjai sudah terkenal dengan semangat kerjasama dan gotong royong.
     Pagi Jumaat hari terakhir 2010 gotong royong memasak bubur asyura dilakukan di Surau Hj. Zakaria,Binjai.Seawal jam 9 pagi, ramai yang datang membantu mengupas ubi keledek,memotong daging,memasak nasi dan menyediakan rempah ratus.Sebanyak 2 kawah  disediakan untuk memasak bubur asyura ini.Memasak bubur asyura ini mengambil masa yang agak lama untuk masak sepenuhnya.Hampir 6 jam barulah masak dan sedia untuk dimakan panas-panas.
    Kawah pertama siap dimasak pada pukul 4 petang dan kawah kedua pula siap pada pukul 5.30 petang.

Sebakul ubi keledek yang sudah siap dipotong sebagai bahan untuk dimasukan ke dalam bubur asyura. 

 Kawah pertama perisa ayam dimasak oleh Abang Din dan Ust. Mazlan dan dilakukan secara bergilir-gilir oleh tenaga sukarela yang lain.

Antara tenaga muda yang turut serta.
  
Bubur yang sudah masak dimasukan ke dalam bekas untuk diagihkan kepada penduduk kampung.



Hidangan untuk para jamaah dan pengajar pada sebelah malamnya.

Saturday, December 18, 2010

Sumbangan Anak-Anak Yatim DUN Rantau Abang.

   Awal tengahari ini penulis menerima panggilan dari ketua cawangan PAS Binjai memaklumkan satu program Pemuda PAS DUN Rantau Abang akan diadakan di sini.Kebetulan ketua cawangan berada di Kota Bharu sedang makan angin dan mewakilkan penulis untuk menghadiri program ini.Penulis bergegas ke surau tempat berkumpul ajk program ini.Penulis dimaklumkan satu program kebajikan Pemuda DUN Rantau Abang akan dilakukan di cawangan sekitar DUN ini.
  Program sumbangan kepada anak-anak yatim ini adalah inisiatif Pemuda PAS DUN Rantau Abang.Program ini dimulakan di cawangan Binjai / Che Lijah dan diikuti di lain-lain cawangan.
  Di cawangan Binjai / Che Lijah,rombongan ini diketuai oleh Cikgu Alias selaku Pengerusi MTD Rantau Abang dan dibantu oleh AJK Pemuda DUN.Rombongan ini dibawa oleh ketua muslimat PAS Binjai ke rumah anak-anak yatim yang terpilih dalam program ini.Sebanyak 7 buah rumah telah diziarahi dan diberikan sumbangan berupa beg sekolah sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan. 
  Berikut adalah sebahagian gambar yang sempat dirakam di cawangan Binjai / Che Lijah.

Cikgu Alias menyampaikan sumbangan kepada adik Mohd Rozamirshah B. Mohd Razali.


Adik Siti Zuhaina Shahera Bt. Zakaria gembira menerima sumbangan.


Mengunjungi rumah adik Muslihuddin dan Mohd Mustaqim b. Aziz yang yatim piatu.


Kelihatan Cikgu Alias sempat membeli ubi kayu sambil diperhatikan anggota rombongan.


Adik Mohd Aiman b. Johar menerima beg sumbangan.

Ibu adik Khir Johari b. Amran menerima sumbangan bagi pihak anaknya.


Sempat berbual mesra dengan Ketua Pemuda DUN sebelum beredar.


Adik Nur Adawiyah bt. Fauzi malu-malu menerima sumbangan.
  

Antara AJK Pemuda DUN yang terlibat dalam program ini.

Ahli rombongan rata-rata diterima baik oleh tuan rumah dan diperlawa untuk minum namun terpaksa ditolak dengan baik untuk meneruskan program ini.Penulis hanya berkesempatan menyertai program sampai di sini sahaja.Selepas ini diteruskan di cawangan Pulau Serai.