Friday, December 31, 2010

Bubur Asyura Qaryah Kg. Binjai...!

      25 Muharam 1432 adalah hari terakhir tahun masehi 2010 sudah sampai ke penghujungnya.Sepanjang tahun dah bermacam-macam program di atur untuk memenuhi jadual aktiviti masyarakat Qaryah Kg. Binjai.Bagi permulaan bulan Muharam tahun ini...aktiviti memasak bubur asyura secara gotong-royong dilakukan beramai-ramai.Masyarakat Binjai sudah terkenal dengan semangat kerjasama dan gotong royong.
     Pagi Jumaat hari terakhir 2010 gotong royong memasak bubur asyura dilakukan di Surau Hj. Zakaria,Binjai.Seawal jam 9 pagi, ramai yang datang membantu mengupas ubi keledek,memotong daging,memasak nasi dan menyediakan rempah ratus.Sebanyak 2 kawah  disediakan untuk memasak bubur asyura ini.Memasak bubur asyura ini mengambil masa yang agak lama untuk masak sepenuhnya.Hampir 6 jam barulah masak dan sedia untuk dimakan panas-panas.
    Kawah pertama siap dimasak pada pukul 4 petang dan kawah kedua pula siap pada pukul 5.30 petang.

Sebakul ubi keledek yang sudah siap dipotong sebagai bahan untuk dimasukan ke dalam bubur asyura. 

 Kawah pertama perisa ayam dimasak oleh Abang Din dan Ust. Mazlan dan dilakukan secara bergilir-gilir oleh tenaga sukarela yang lain.

Antara tenaga muda yang turut serta.
  
Bubur yang sudah masak dimasukan ke dalam bekas untuk diagihkan kepada penduduk kampung.



Hidangan untuk para jamaah dan pengajar pada sebelah malamnya.

Saturday, December 18, 2010

Sumbangan Anak-Anak Yatim DUN Rantau Abang.

   Awal tengahari ini penulis menerima panggilan dari ketua cawangan PAS Binjai memaklumkan satu program Pemuda PAS DUN Rantau Abang akan diadakan di sini.Kebetulan ketua cawangan berada di Kota Bharu sedang makan angin dan mewakilkan penulis untuk menghadiri program ini.Penulis bergegas ke surau tempat berkumpul ajk program ini.Penulis dimaklumkan satu program kebajikan Pemuda DUN Rantau Abang akan dilakukan di cawangan sekitar DUN ini.
  Program sumbangan kepada anak-anak yatim ini adalah inisiatif Pemuda PAS DUN Rantau Abang.Program ini dimulakan di cawangan Binjai / Che Lijah dan diikuti di lain-lain cawangan.
  Di cawangan Binjai / Che Lijah,rombongan ini diketuai oleh Cikgu Alias selaku Pengerusi MTD Rantau Abang dan dibantu oleh AJK Pemuda DUN.Rombongan ini dibawa oleh ketua muslimat PAS Binjai ke rumah anak-anak yatim yang terpilih dalam program ini.Sebanyak 7 buah rumah telah diziarahi dan diberikan sumbangan berupa beg sekolah sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan. 
  Berikut adalah sebahagian gambar yang sempat dirakam di cawangan Binjai / Che Lijah.

Cikgu Alias menyampaikan sumbangan kepada adik Mohd Rozamirshah B. Mohd Razali.


Adik Siti Zuhaina Shahera Bt. Zakaria gembira menerima sumbangan.


Mengunjungi rumah adik Muslihuddin dan Mohd Mustaqim b. Aziz yang yatim piatu.


Kelihatan Cikgu Alias sempat membeli ubi kayu sambil diperhatikan anggota rombongan.


Adik Mohd Aiman b. Johar menerima beg sumbangan.

Ibu adik Khir Johari b. Amran menerima sumbangan bagi pihak anaknya.


Sempat berbual mesra dengan Ketua Pemuda DUN sebelum beredar.


Adik Nur Adawiyah bt. Fauzi malu-malu menerima sumbangan.
  

Antara AJK Pemuda DUN yang terlibat dalam program ini.

Ahli rombongan rata-rata diterima baik oleh tuan rumah dan diperlawa untuk minum namun terpaksa ditolak dengan baik untuk meneruskan program ini.Penulis hanya berkesempatan menyertai program sampai di sini sahaja.Selepas ini diteruskan di cawangan Pulau Serai.



Friday, November 12, 2010

Ihtifal PASTI Al-Mukmin,Che Lijah.

   Majlis Ihtifal PASTI Al-Mukmin,Che Lijah telah diadakan pada pagi Jumaat 12 Nov 2010.Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi pasti Al- Mukmin dan diikuti oleh Penyelaras PASTI Kawasan Dungun  dan dirasmikan oleh Ustaz Shukri Abdullah.Selepas perasmian pelajar-pelajar PASTI membuat persembahan mengalunkan azan,bercerita dan nasyid berkumpulan.Akhirnya penyampaian sijil kepada pelajar dan pembahagian hadiah cabutan bertuah dilakukan.Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari beramai-ramai.


Perasmian oleh Ustaz Mohamad Syukri Nazar.


Pelajar PASTI mengalunkan azan.

                                                              
                            Persembahan nasyid dari pelajar PASTI.

                                                                                                                
       Pelajar perempuan PASTI menyampaikan cerita Nabi Nuh as.
                               
Penyampaian hadiah cabutan bertuah oleh Saudara Mohd Nor.


Penyampaian hadiah oleh Pengerusi PASTI.


Ustaz Mohamad Syukri Nazar menyampaikan hadiah.


Ketua Cawangan Pas Binjai turut menyampaikan hadiah.

Ketua cawangan PAS menyampaikan hadiah kepada En.Mohd Nor.

Ketua Pemuda menyampaikan hadiah.

Penyampaian hadiah cenderamata kepada Ustaz Mohamad Syukri.

Hadiah untuk guru.

Hadiah khas cabutan bertuah disampaikan oleh Admin Pasbinjai kepada Pengerusi surau, Mohamad b. Jusoh.

Hadiah cenderamata kepada pengerusi majlis disampaikan oleh Pengerusi PASTI.

Menikmati hidangan nasi ayam. 

Jamuan makan tengahari.


Sunday, October 17, 2010

Konspirasi Dunia...Obelisk di Putrajaya !

Pernahkan anda mendengar tentang Obelisk? Saya pasti ramai daripada anda pernah terlihat binaan ini. Tetapi apa sebenarnya Obelisk ini? Kenapa ia berada di serata dunia, termasuklah di negara kita, Malaysia sendiri? Tidak percaya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kebenaran yang tersirat.
Obelisk ini sebenarnya berasal dari Tamadun Mesir Purba dibina untuk melambangkan Tuhan Matahari mereka (Ra) dan mereka percaya Ra wujud bersama Obelisk ini. Mereka telah membina lebih kurang 29 buah obelisk untuk Tuhan Ra mereka. Obelisk juga dikenali dengan nama ‘Cleopatra Needle’ dan diasaskan dari ‘Sun Pillar’.
                                                                                    
                                                          Sun Pillar
Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah “obelisk” hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu.

Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.
Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat:
Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih (Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya)
                                                                
                                        Melontar

Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith). Perkataan ‘obelisk’ berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Tidakkah kamu sedar wahai penganut Kristian, agama kamu telah diubah menjadi agama Pagan? Ajaran asal Nabi Isa a.s tidak mengajar kamu mengagungkan binaan syaitan ini!
Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di:
Mesir (8 buah)Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Ramses II, Luxor Temple
Pharaoh Hatshepsut, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo
Pharaoh Ramses III, Luxor Museum
Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m
Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m
Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m
Perancis (1 buah)
Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris
Israel (1 buah)
Caesarea obelisk
Italy (11 buah termasuk 1 di Vatican City)8 di Rome
Piazza del Duomo, Catania (Sicily)
Boboli Gardens (Florence)
Urbino
Poland (1 buah)
Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches Museum und Papyrussammlung, Berlin)
Turki (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul
United Kingdom (4 buah)Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatra’s Needle”, di Victoria Embankment, London
Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham
Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset
Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London
Amerika Syarikat (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatra’s Needle”, di Central Park, New York
Adakah Obelisk ini wujud di Malaysia? Pasti ramai antara kita yang tidak tahu dan perasan sebenarnya di Malaysia tidak terlepas dari binaan dajal ini. Obelisk di Malaysia terletak di Precint 2, Putrajaya. Berikut adalah petikan dari laman web Malaysia Travel Guide, klik sini.
This is the city’s own version of the Washington Monument in Washington, DC. Considered to be the national monument of Putrajaya, the Millennium Monument is a metal obelisk that stands 68 meters tall and is located within a 25-hectare park situated in Precinct 2. The etchings adorning the monument depict key moments and events of Malaysia’s history.
Sabda Rasullulah: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan). – Hadis Riwayat Abu Daud

                    
                  National Millennium Monument, Putrajaya
Berikut adalah gambar-gambar obelisk di serata dunia.

                 St. Peter Square, Vatican.


 
             Luxor Obelisk, Paris.

           Central park, New York.

 
           Buenos Aires, Argentina.

                 Pheonix Park, Dublin.

 
                 Sao Paolo. Brazil.

 
                Istanbul, Turki.

                                                         London, England.
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”. – Luqman 13

Petikan dari :   http://feryco.com/konspirasi-dunia-obelisk-di-putrajaya                                                                                             


Sunday, October 10, 2010

Ops Al-Falah.....Sembang Kedai Kopi!


Aturcara terakhir dewan pemuda dalam program ops al-falah adalah sembang kedai kopi bersama pengerusi Dun.Program ini mengumpulkan pemuda cawangan dan dun serta warga binjai dalam sessi minum pagi dan beramah mesra.


Sambil menunggu pesanan makanan,Cikgu Alias berbual-bual dengan warga binjai yang sedang makan.



Ketua pemuda dan beberapa orang kampung sedang menikmati hidangan roti canai.


Kelihatan ketua cawangan dan setiausaha Dun sedang sarapan roti canai.


Suasana di dalam kedai.


Pemilik kedai sedang menyiapkan roti canai yang ditempah oleh pelanggan.


   

Jejak Pemuda...!

   Selesai menikmati jamuan raya yang meriah,beberapa orang ajk pemuda dun dan cawangan mengatur langkah menziarahi beberapa rumah pemuda untuk bertanya khabar dan menyelami kehidupan mereka.Ada antara mereka yang mempunyai anak istimewa yang perlu diberi perhatian.Pemuda DUN dan cawangan perlu memainkan peranan yang lebih efektif untuk membantu golongan ini.Sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban dan cakna tentang  kehidupan mereka.



Ketua pemuda cawangan nenunjukkan seorang kanak-kanak istimewa yang mengidap penyakit pembesaran kaki yang tidak seimbang.Kanak-kanak ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya.





Ustaz Nazri selaku Ketua Pemuda DUN berkata sesuatu sambil menyampaikan risalah program kepada salah seorang pemuda warga binjai.


Ustaz Nazri menziarahi dan beramah mesra dengan pemuda binjai.



 Menyapa pemuda kampung dan berbual walaupun di pinggiran jalan.

   Program ziarah ini wajar diteruskan secara berkala untuk meninjau kehidupan mereka agar lebih tercakna.