Pagi Jumaat hari terakhir 2010 gotong royong memasak bubur asyura dilakukan di Surau Hj. Zakaria,Binjai.Seawal jam 9 pagi, ramai yang datang membantu mengupas ubi keledek,memotong daging,memasak nasi dan menyediakan rempah ratus.Sebanyak 2 kawah disediakan untuk memasak bubur asyura ini.Memasak bubur asyura ini mengambil masa yang agak lama untuk masak sepenuhnya.Hampir 6 jam barulah masak dan sedia untuk dimakan panas-panas.
Kawah pertama siap dimasak pada pukul 4 petang dan kawah kedua pula siap pada pukul 5.30 petang.
Sebakul ubi keledek yang sudah siap dipotong sebagai bahan untuk dimasukan ke dalam bubur asyura.
Kawah pertama perisa ayam dimasak oleh Abang Din dan Ust. Mazlan dan dilakukan secara bergilir-gilir oleh tenaga sukarela yang lain.
Antara tenaga muda yang turut serta.
Bubur yang sudah masak dimasukan ke dalam bekas untuk diagihkan kepada penduduk kampung.
Hidangan untuk para jamaah dan pengajar pada sebelah malamnya.
No comments:
Post a Comment