Warga Pasbinjai tidak ketinggalan dalam menyertai perhimpunan yang bersejarah dan bermakna ini.Sebuah bas disewa bagi tujuan ini.
Semua peserta perhimpunan berkumpul di Masjid Negara sebelum ke Padang Merbok untuk acara kemuncak perhimpunan dan pidato umum.Pelbagai pihak daripada menteri,ahli politik,pemimpin badan bukan kerajaan(Ngo),persatuan dan orang ramai menyertai himpunan ini.
Sebahagian peserta berkumpul di hadapan Sogo dan sebahagian lagi di Masjid Negara.
Jam 2 petang peserta mula berarak dari Pertama Kompleks dan bergabung dengan kumpulan di Masjid Negara seterusnya ke Padang Merbuk untuk acara kemuncak himpunan dan pidato umum.Padang Merbok penuh sesak dan melimpah ruah dengan lautan manusia berbaju ungu.

Pidato umum bermula pada jam 3 petang dan berlarutan hingga malam dalam suasana hujan.Namun peserta himpunan tidak berganjak dari hujan.
Adiosss...Graciasss...!!!
No comments:
Post a Comment