Sebelah pagi dilakukan persiapan untuk memasak daging kambing dan memasang bendera parti.Ramai pemuda dan muslimat yang terlibat dalam gotong royong ini.Sementara sebelah petang membersih dan mengemas surau dilakukan.
Pemuda sedang memasak gulai kambing.
Ketibaan tetamu jemputan.
Program ini telah dihadiri hampir 200 orang tetamu jemputan dari seluruh Dun Rantau Abang.Acara bermula seawal jam 6 petang dengan kehadiran pemuda dari cawangan-cawangan yang dijemput.Dimulai dengan ucapan pengerusi majlis dan sedikit tazkirah dari Ketua Pemuda Dun Rantau Abang serta ucapan dari wakil Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun.
Ucapan pengerusi majlis.
Sementara menunggu waktu berbuka puasa,petugas-petugas sedang sibuk menyediakan hidangan nasi berlauk gulai kambing dan sedikit juadah buat tetamu.
Sebaik sahaja azan berkumandang menandakan masuk waktu berbuka ,para jemputan terus menikmati
hidangan yang disediakan.
Majlis pada petang itu diakhiri dengan solat Maghrib berjamaah.
No comments:
Post a Comment