Saturday, November 5, 2011

Ihtifal Pasti Qaryah Che Lijah 2011.

  Majlis Ihtifal Pasti Qaryah Kg.Che Lijah telah selamat diadakan pada hari Jumaat,4 Nov 2011 baru-baru ini.Majlis dihadiri para ibubapa kanak-kanak Pasti dan penduduk kampung Binjai/Che Lijah.


 

Majlis berlangsung di awal pagi dipengerusikan oleh Ustaz Izani b. Mat Amin dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pasti Negeri Terengganu ,Tuan Haji Mohd Harun b. Ibrahim.


Majlis berlangsung dalam suasana meriah dan diselang-selikan dengan pembahagian hadiah dan persembahan nasyid dari anak-anak Pasti yang terlibat.





Majlis tamat pada jam 11.30 pagi dan diakhiri dengan sedikit jamuan ringan.