Friday, August 20, 2010

Rumah Rasulullah SAW...!

Gambar rumah Rasulullah SAW

   Bersyukurlah dengan teknologi internet kita dapat melihat sesuatu yang menarik. Gambar sisa runtuhan rumah Rasulullah SAW adalah diambil dari web Islamik luar negara.Blog Isuhangat hanya sebagai medium untuk saya berkongsi dengan anda. Wallahualam


   Gambar tapak rumah Rasulullah SAW bersama Saiditina Siti Khadijah AS, tempat mereka tinggal selama 28 tahun. Di sinilah tempat lahirnya putera dan puteri Baginda,antaranya ialah yang sulung bernama Qasim dan yang bongsu, puteri kesayangan baginda yang banyak juga mencipta sejarah dalam Islam iaitu Fatimah Az-Zahrah.

   Gambar runtuhan dilihat lebih dekat.


    Pintu masuk ke bilik Rasulullah SAW dan Saidatina Khadijah AS

      Sisa runtuhan Bilik Rasulullah Saw dan Sayyidah Khadijah as.

       Gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.
                       Ruang tamu

Update:

Gambar kedudukan rumah Nabi Muhammad SAW dari google earth yang saya ambil dari blog pakcikli00.wordpress.com


     Sumber : http://www.isuhangat.net/

Tuesday, August 17, 2010

Makam Sultan Yahya Siak...!

     Sejarah Riau sebelum kemerdekaan lebih diwarnai riwayat kerajaan Melayu Islam, dengan kerajaan terbesarnya adalah Kerajaan Siak Sri Indrapura. Kerajaan ini didirikan oleh Sultan Abdul Jalil Rahmad Syah pada tahun 1725. Sultan pertama ini meninggal pada tahun 1746 dan kemudian diberi gelaran Marhum Buantan. Setelah kemangkatan baginda, terdapat 11 orang sultan yang pernah bertakhta di Kerajaan Siak Sri Indrapura. Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah (1782-1784) adalah Sultan yang ke-6 menaiki takhta dalam turutan tampuk pemerintahan. Baginda hanya sempat memerintah selama 2 tahun sebelum berhijrah ke Tanah Melayu dan telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1784 dengan gelaran Marhum Mangkat di Dungun.


     Lokasi kompleks Makam Sultan Yahya Siak ini terletak di Kampung Binjai, Che Lijah yang mana kedudukannya adalah di antara pekan Dungun dengan Tanjung Jara.


Keterangan pada batu tanda tertera;
    Beliau menaiki takhta Kerajaan Siak selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Ismail pada tahun 1782. Semasa pemerintahan Sultan Yahya, telah berlaku perebutan kuasa di antara baginda dengan Raja Alam. Melalui muslihatnya, Raja Alam telah berjaya merampas takhta kerajaan Siak daripada Sultan Yahya. Sultan Yahya telah berundur ke Retih dan kemudian ke Tanjung Pati di Dungun, Terengganu. Baginda telah mangkat di Dungun dan dimakamkan di tanah perkuburan Islam Kampung Binjai, Che Lijah di Dungun pada tahun 1784.


    Selain makam Almarhum Sultan Yahya Siak, terdapat beberapa buah makam lain yang turut berada dalam kompleks makam.

     Binaan kompleks makam ini dihiasi dengan keindahan seni ukiran Melayu tradisi. Kepingan papan pator pada cucuran atap serta kerawang dengan aplikasi teknik ukiran tebuk tembus pada muka dinding di antara bumbung atas dengan bumbung bawah mengundang perhatian.


    Kayu buton yang sering dilihat pada binaan masjid-masjid tua dan rumah tradisional Melayu turut dipasang pada tulang perabung kompleks makam.



     Seni ukiran tebuk tembus dan ukiran pada kepala tiang di kedua bahagian sisi pagar kayu diilhamkan daripada unsur tumbuhan semulajadi.


    Rekabentuk kepala tiang ini adalah hasil adaptasi daripada motif kelopak bunga seroja. Motif ini turut digunapakai dalam rekabentuk nesan lama.


    Ukiran yang dihasilkan melalui teknik luakan ini seolah-olah memperlihatkan bentuk bunga seroja yang sedang mekar kuntumannya.


  Batu nesan di pusara Sultan Yahya Siak ini lebih tinggi kedudukannya daripada aras mata dan kepala.


Lantai kompleks makam ini dipasang dengan jubin berwarna hitam sebagai kemasan di ruang dalam binaan.

    Wujud kekeliruan fakta tentang turutan pemerintahan Almarhum Sultan Yahya Siak. Keterangan di sisi makam Sultan Yahya Siak tertera: Almarhum Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah (Marhum Mangkat di Dungun) Sultan Siak ke Tujuh. Memerintah tahun 1782-1784 M. Mangkat 1784 M.


    Berdasarkan rujukan dari beberapa laman sesawang, baginda adalah Sultan ke-5 selepas pemerintahan Sultan Abdul Jalil Rahmad Syah. Ini bermakna, almarhum adalah Sultan ke-6 dalam sistem pemerintahan beraja Kerajaan Siak Sri Indrapura semasa hayatnya sebagaimana turutan berikut:


• Sultan Abdul Jalil Rahmad Syah (1725-1746)
• Sultan Abdul Jalil Rakhmad Syah (1746-1765)
• Sultan Abdul Jalil Jalaluddin Syah (1765-1766)
• Sultan Abdul Jalil Alamuddin Syah (1766-1780)
• Sultan Muhammad Ali Abdul Jalil Muazzam Syah (1780-1782)
• Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah (1782-1784)


Al-Fatihah buat Almarhum Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah sebagai penutup bicara…!


Sumber : http://jejakmihrabmimbar.wordpress.com/2010/06/19/makam-sultan-yahya-siak/

Sunday, August 15, 2010

Majlis Berbuka Puasa Pemuda Pas DUN Rantau Abang.

   Pada awal 4 Ramadhan 1431 yang lalu satu majlis berbuka puasa anjuran MTD Rantau Abang telah berjaya diadakan di Surau Hj.Zakaria di Kg. Binjai.Pemuda Pas cawangan Kg, Binjai diberi amanah untuk melaksanakan program ini dengan menu utamanya daging kambing.Satu gotong royong telah diadakan diantara ahli cawangan ini bagi mencapai tujuan tersebut.
   Sebelah pagi dilakukan persiapan untuk memasak daging kambing dan memasang bendera parti.Ramai pemuda dan muslimat yang terlibat dalam gotong royong ini.Sementara sebelah petang membersih dan mengemas surau dilakukan.


Pemuda sedang memasak gulai kambing.


       Ketua Pemuda sedang memerhati dan memantau program ini.                                 








Ketibaan tetamu jemputan.

   Program ini telah dihadiri hampir 200 orang tetamu jemputan dari seluruh Dun Rantau Abang.Acara bermula seawal jam 6 petang dengan kehadiran pemuda dari cawangan-cawangan yang dijemput.Dimulai dengan ucapan pengerusi majlis dan sedikit tazkirah dari Ketua Pemuda Dun Rantau Abang serta ucapan dari wakil Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun.

Ucapan pengerusi majlis.


                                                Tazkirah dari Ketua Pemuda Dun.



   Sementara menunggu waktu berbuka puasa,petugas-petugas sedang sibuk menyediakan hidangan nasi berlauk gulai kambing dan sedikit juadah buat tetamu.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               



 


Sebaik sahaja azan berkumandang menandakan masuk waktu berbuka ,para jemputan terus menikmati
hidangan yang disediakan.                                                                                                                                                                   









Majlis pada petang itu diakhiri dengan solat Maghrib berjamaah.                                                          

Friday, August 13, 2010

Marhaban Yaa Ramadhan...!



     Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada seluruh muslimin dan muslimat sekelian.Semoga Madrasah Ramadhan kali ini akan mempertingkatkan amal kita.

         " Jika Harta Adalah Racun, Maka Zakat Adalah Penawarnya,
          Jika Seluruh Umur Adalah Dosa, Maka Taubat Adalah Ubatnya,
          Jika Seluruh bulan Adalah Noda, Maka Ramadhan Adalah Penebusnya "

    Selamat menjalankan ibadah puasa...!
 
 

Wednesday, August 11, 2010

Gotong Royong bersama POA-CSR...!

  Seminggu sebelum puasa ajk surau Hj.Pak Ya telah merancang satu program gotong royong bersama staff Petronas Gas Berhad dari Kompleks A Kerteh.Program sehari suntuk ini dilakukan pada hari Sabtu 7/8/2010 yang lalu.Pihak Poa-Csr diketuai oleh Poa Senior Manager Cik Norihan Bt.Deris dengan para sukarelawan seramai 50 orang lebih.


  Acara pagi dimulai dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ust.Aidil Adha dari PGB dan diikuti dengan ucapan aluan dari tuan rumah.Selepas itu ucapan dari Poa Senior Manager, Cik Norihan Bt. Deris yang menyentuh mengenai tanggungjawab sosial syarikat korporat seperti Petronas yang prihatin dengan pembangunan masyarakat setempat. 


  Selepas sarapan para sukarelawan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk tugasan selanjutnya.Team mengecat,team potong rumput,team housekeeping dan team membersih kawasan surau.Program ini dilaksanakan dengan penuh ukhuwah tanpa mengira darjat dan pangkat.Penduduk kampung amat berbesar hati dan menghargai kerja-kerja amal yang dilakukan oleh pihak Poa-Csr ini.





  Diakhir program ini disediakan jamuan makan tengahari dan ucapan terima kasih ajk surau kepada pihak PGB.Sijil penghargaan juga disampaikan sebagai tanda kenangan abadi dari ajk surau dan seluruh qaryah.Sedikit buah tangan yang merupakan buah-buahan juga disampaikan kepada pihak Poa-Csr. Sessi bergambar kenangan beramai-ramai juga diabadikan.Semoga Allah jua yang membalas budi kalian.Amin...! 


                                                                          


 Gracias...!