Friday, December 7, 2012

Gotong Royong Bubur As-Syura...!

Gotong royong memasak bubur as-syura berjaya diadakan di perkarangan Surau Hj. Zakaria,Kg. Binjai Dungun.Program bermula seawal pagi mengumpulkan ahli kariah yang turut serta membantu. Di samping itu kerja-kerja menaikkan tiang banner turut dilakukan.
Adiosss...!!!

Friday, November 2, 2012

Majlis Ihtifal Pasti Al-Mukmin Qaryah Che Lijah...!

2 Nov 2012...! Majlis ihtifal Pasti Al-Mukmin Qayrah Che Lijah Dungun selesai diadakan pada hari Jumaat 2 Nov 2012.Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Dun Cikgu Hj.Alias Harun.Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis diikuti ucapan pengerusi pasti,ketua cawangan pas dan ucapan perasmian oleh Cikgu Alias Harun.
Persembahan oleh pelajar pasti juga diadakan dan diakhiri pembahagian hadiah kepada pelajar pasti yang cemerlang.
Mengakhiri majlis ini jamuan ringan kepada ibubapa diadakan dalam suasana yang agak meriah.
Graciasss...!!!

Friday, October 26, 2012

Selamat Berkorban di Aidil Adha...!

Selamat menunaikan ibadah korban di Aidil Adha yang penuh barakah ini...! Adiosss...!

Sunday, October 7, 2012

PGU 5- Pekan Jabi.

Program Pas Ganti Umno atau sinonim dengan PGU telah diadakan pada 5 & 6 Oktober 2012 baru-baru ini di Pekan Jabi.Program 2 hari itu telah menarik ribuan pendokong dan penyokong PAS dari serata negeri serta kehadiran anak-anak muda.
Lihatlah gambar-gambar di atas yang sempat Pasbinjai upload untuk tatapan para pengunjung internet. Adiosss...!

Sunday, August 19, 2012

Raya Qaryah Kg. Binjai...!

1 Syawal jatuh pada 19/8/12 hari ahad.Aidil Fitri diraikan dengan takbir,tahmid dan tasbih membesarkan Allah swt.Antara gambar yang sempat dirakamkan di hari raya aidil fitri di Surau Hj. Zakaria Kg. Binjai.