Saturday, March 26, 2016

Tarik Pukat bersama YB Dungun.

Program tarik pukat bersama YB Dun Sura dan YB Dun Rantau Abang diadakan di Pantai Teluk Lipat pagi ini.Program bermula jam 7.00 telah menarik perhatian nelayan pantai dan penduduk setempat untuk menyertai aktiviti ini. Turut memeriahkan program ini Ahli Parlimen Kawasan Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.Hasil tangkapan yang dapat dibahagikan kepada orang ramai yang hadir. Akhir program YB Dungun mengambil kesempatan untuk bergambar dengan orang ramai. Adiosss...Graciasss...!!!

Sunday, March 20, 2016

Bengkel Media Dungun 2016.

Bengkel media dungun 2016 anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Kawasan Dungun diadakan di Dewan Seminar Madrasah Darul Bayan,Pinang Merah, Paka.Program bermula jam 9.00 pagi itu dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Dungun,Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli yang juga ahli parlimen kawasan tersebut.
Proffesional khas didatangkan dari Kuala Terengganu iaitu Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) menjadi nadi kepada bengkel ini.Empat orang pembentang kursus yang pakar dalam bidang masing-masing telah berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bengkel ini.Antaranya Presiden KAMI,Dr. Azman Ibrahim,Ketua Biro Harakah Terengganu,Khairul Azlam Mohamad,Wartawan,Sazali Mohd Noor dan jurufoto Ahmad Faizul.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada peserta teknik-teknik penulisan berita yang betul.Seramai 30 orang peserta mengikuti bengkel ini.
Akhir bengkel ini peserta diberikan sijil kehadiran kursus yang disampaikan oleh Ketua Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Kawasan Dungun,Cikgu Alias Harun merangkap ADUN Rantau Abang.
Adiosss....Graciasss!!!