Tuesday, October 25, 2016

KT Carboot Sale...!

   Kuala Terengganu Carboot Sale anjuran Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu diadakan di Dataran Kokhidmat.Program ini untuk mengumpulkan usahawan muda di sekitar Kuala Terengganu untuk memasarkan barangan perniagaan mereka.Barangan berupa pakaian,makanan kesihatan,kosmetik dan berbagai lagi.Sambutan amat menggalakkan dari para pengunjung.

   Aktiviti malam menampilkan talk show Ustaz Kamaruzaman Abdullah bersama Daie Sejuta Ummah,Ustaz Azhar Idrus dan pelawak terkenal tanahair,Saiful Apek.Gandingan mereka membuatkan hadirin tak kering gusi mendengar celoteh mereka.






















Program tamat hampir jam 12 malam...!

   Adiosss...Graciasss...!

Friday, October 21, 2016

Gotong Royong Memasak Bubur Assyura...!

    Gotong royong memasak bubur assyura selesai dilakukan di perkarangan Surau Hj.Zakaria,Kg.Binjai,Dungun.Program anjuran AJK Surau Hj.Zakaria dengan kerjasama Pas Cawangan Binjai / Che Lijah dapat diadakan dengan jayanya.
    Seawal jam 8.30 pagi muslimin dan muslimat keluar menyiapkan persediaan gotong royong.Sebanyak 2 kawah bubur assyura disediakan untuk dimasak pada hari ini.









Menjelang tengahari jamuan  makan disediakan.Nasi berlauk ikan singgang dan ulam-ulaman serta budu menjadi menu utama.Sementara muslimin ke masjid untuk solat Jumaat...kaum muslimat mengambilalih tugas memasak.





Kerja memasak bubur assyura ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan.Hampir pukul 3 petang baru kerja memasak hampir selesai.Bubur ini dipekkan untuk diagih kepada qaryah surau yang hadir gotong royong ini.Selebihnya dibahagikan kepada penduduk yang berdekatan dengan surau  dan sekitarnya.Segalanya siap hampir jam 5 petang.







Adiosss...Graciasss....!!!

Saturday, October 8, 2016

Kursus Asas Fotografi.

Kursus asas fotografi yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Terengganu di Dewan Yayasan Amal,Gong Badak 8 Okt 2016 dengan kerjasama Kumpulan Aktivis Media Independen ( KAMI ). 









  Sambutan dari peserta kursus amat menggalakkan.Lebih dari 50 orang peserta dari pelbagai Dun dan kawasan menyertai bengkel ini.Peserta kursus didedahkan teknik-teknik penggunaan kamera dan cara penyuntingan gambar dengan betul.






Sazali Mohd Noor selaku Timbalan Presiden KAMI merasmikan dan menutup kursus ini.
Ustaz Hishamuddin Abd. Karim,Adun Tepoh yang turut berada di dewan ini turut memberikan ucapan ringkas menyeru peserta menggunakan peluang ini untuk menyebarluaskan dakwah PAS samada melalui tulisan dan gambar.




Sebelah petang diadakan mini outing di perkarangan Stadium Sultan Mizan,Gong Badak dan gambar terbaik akan diberikan hadiah saguhati berupa hamper.










 Program berakhir jam 5.00 petang...!

 Adiosss...Graciasss...!!!