Saturday, November 5, 2011

Ihtifal Pasti Qaryah Che Lijah 2011.

  Majlis Ihtifal Pasti Qaryah Kg.Che Lijah telah selamat diadakan pada hari Jumaat,4 Nov 2011 baru-baru ini.Majlis dihadiri para ibubapa kanak-kanak Pasti dan penduduk kampung Binjai/Che Lijah.


 

Majlis berlangsung di awal pagi dipengerusikan oleh Ustaz Izani b. Mat Amin dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pasti Negeri Terengganu ,Tuan Haji Mohd Harun b. Ibrahim.


Majlis berlangsung dalam suasana meriah dan diselang-selikan dengan pembahagian hadiah dan persembahan nasyid dari anak-anak Pasti yang terlibat.





Majlis tamat pada jam 11.30 pagi dan diakhiri dengan sedikit jamuan ringan.



Monday, October 17, 2011

Pgu 3 Pantai Pandak Chendering.

Gambar sekitar program Pas Ganti Umno di Pantai Pandak, Chendering pada 14-15 oktober 2011 baru-baru ini. 













Adiossss.....!

Wednesday, August 31, 2011

Gambar Suasana Solat Aidil Fitri Pasbinjai...!

Sedikit gambar diupload oleh Pasbinjai untuk tatapan pengunjung di luar sana yang merindui kampung halaman.Kepada yang bermusafir di bumi anbiya...semoga terubat sedikit rasa rindu pada kampung halaman.Teruskanlah usaha menimba ilmu di sana...semoga anda mendapat berkat!






Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri mohon maaf zahir batin...!


Adiosss...!

Monday, August 29, 2011

Salam lebaran 1432H...!

Pasbinjai mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432H seluruh muslimin dan muslimat walau di mana jua anda berada. Mohon kemaafan andainya terdapat salah dan silap...maaf zahir batin.

Adiosss...!

Friday, June 24, 2011

Program ziarah Pemuda Dun Rantau Abang...!

   Jumaat 24 Jun 2011,Pemuda Dun Rantau Abang telah mengadakan program turun padang dan ziarah di cawangan Binjai/ Che Lijah.Program ini disertai oleh Timbalan Pemuda Pas Pusat,Ust.Azman Shapawi dan diiringi oleh Pengerusi Dun Rantau Abang,Tuan Hj.Alias Harun serta Ketua Pemuda Dun dan cawangan barisan ajk. Program pagi ini dimulai dengan menziarahi rumah mangsa kebakaran, saudara Shuaib Hussain di jalan rel lama di Kg.Che Lijah.Sumbangan juga dihulurkan bagi membantu meringankan beban beliau.





Sebelah petang selepas solat Asar program diterus dengan menziarahi beberapa buah rumah penduduk kampung.Petang ini hanya Tuan Hj. Alias Harun dan beberapa orang ajk sahaja yang terlibat.Hanya 3 buah rumah sahaja yang dikunjungi.




Selesai program ini ajk diperlawa untuk menikmati sedikit jamuan ringan di rumah Ketua Pemuda Cawangan Pas Binjai sebelum pulang.








Adiosss...!

Friday, April 29, 2011

Futsal Pas Binjai vs Pas Pak Sabah...!

     26 April 2011 di Gelanggang Futsal Twin Court pada jam 9.00 malam satu aktiviti futsal persahabatan di antara Pas Cawangan Binjai dan Pas Cawangan Pak Sabah diadakan.Hampir 20 orang hadir dalam aktiviti ini.Aktiviti sebegini wajar diteruskan untuk menarik golongan muda mendekati dan mengenali perjuangan PAS.Syabas diucapkan kepada kedua-dua cawangan yang meneroka aktiviti ini.









saksikan aksi-aksi menarik futsal ini...!




  Adiosss...!               

Friday, April 22, 2011

Ops PGU Cawangan Binjai / Che Lijah...!


 22 April 2011,satu program Ops Pgu telah dilaksanakan di Upu Binjai / Che Lijah di bawah seliaan Ketua Cawangan Pas Binjai / Che Lijah saudara Mustaffa Ismail dan dibantu oleh AJK cawangan,AJK pemuda dan AJK muslimat.Program ziarah ini dilakukan untuk mendekati pengundi dan bertanya khabar.Program bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari.
Petugas dibahagikan kepada 4 kumpulan dan digerakkan ke kumpulan sasar di sekitar cawangan ini.Rata-rata petugas mendapat respon yang baik dari kumpulan sasar yang diziarahi.Petugas pula tidak lupa menghulurkan buah tangan sebagai menghargai kunjungan kami.  

Mengagihkan buah tangan.

Petugas sedang bersarapan pagi.

Bersiap sedia untuk melakukan ziarah.

                                            Antara rumah yang dikunjungi.

Bertanya khabar seorang warga emas.


Jamuan makan tengahari disediakan untuk petugas.




Sunday, March 20, 2011

Pas ganti Umno 2 - Jerteh.

   19 March 2011 bertempat di Dataran PGU di belakang Masjid Hadhari, Jerteh telah berlangsung program Pas ganti Umno siri ke 2.Program yang menghimpunkan ahli-ahli dan penyokong PAS dari seluruh negeri berkampung di sini sehari suntuk.Program yang dirasmikan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan dipenuhi dengan ceramah motivasi dari pimpinan PAS negeri.
  Disebelah malamnya pula diadakan ceramah yang dibarisi oleh YB Tan Siang Giew,YB Azmin Ali dan Tuan Guru Presiden PAS.


























 Adiosss...!!!

Friday, February 18, 2011

Pelancaran Jentera Pilihanraya DUN Rantau Abang...!

  MTD Pas Rantau Abang telah selamat mengadakan pelancaran jentera pilihanraya pada petang Jumaat 18 Feb 2011.Program yang berlangsung di Markas Az-Tazkirah Surau Ust.Hj. Daud,Balai Besar menghimpunkan ahli dan penyokong dari upu DUN Rantau Abang amatlah membanggakan.
 Majlis dirasmikan oleh Tuan Guru Hj.Hadi Awang selepas berkhutbah Jumaat di Masjid Pulau Serai.Selepas solat Jumaat Tuan Guru Presiden diraikan dan diberi taklimat berkenaan Dun Rantau Abang di pejabat DUN di Bangunan Pas Kawasan Dungun.Selesai sessi taklimat Tuan Guru diiringi konvoi bermotosikal menuju ke Markas Az-Tazkirah untuk pelancaran program ini.Kehadiran Tuan Guru Presiden disambut dengan laungan takbir oleh para penyokong Pas.Sepanjang majlis ini lebih 50k berjaya dikumpulkan sebagai dana pilihanraya akan datang.
  Selepas program ini sebelah malamnya Tuan Guru Presiden menyampaikan ceramahnya di Felda Kerteh 1,di Paka.


Gambar ehsan Penerangan Rantau Abang.

Ketua Upu Pak Sabah menerima bendera.

Tuan Guru Presiden menerima cenderamata.

Bacaan ikrar oleh Tuan Hj. Alias Harun.

Antara yang hadir.

Jamuan ringan.


Saturday, February 12, 2011

Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT ) 2011...!

Gambar sekitar program HIMPIT di padang bola Pekan  Bt. 6, Terengganu pada 11 Feb 2011.Program dihadiri ribuan pemuda dari seluruh pelusuk negeri Terengganu.Program ini dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat,Ust. Nasharudin Hasan Tantawi.Turut menghadiri program adalah Tuan Guru Presiden PAS,Tuan Hj. Mohamad Sabu dan Ikon pemuda Al Fadhil Usz. Azhar Idrus.
Tuan Guru Hj. Abdul Hadi menyampaikan amanat kepada para pemuda sementara Tuan Hj. Mohamad Sabu memberi motivasi dan Ust. Azhar Idrus menyampai kuliah selama 2 jam.


Pintu gerbang HIMPIT.

Perasmian oleh Ketua Pemuda PAS Pusat.

Pemuda Islam yang hadir.

Tekun dan khusyuk mendengar amanat.

Pengerusi majlis Ust.Sheikh Hanafi.