Wednesday, October 11, 2017

Pasti Al Mukmin...Sehari bersama Bomba & Penyelamat.

Program Pasti Al Mukmin bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Dungun di perkarangan bangunan Pasti Al Mukmin.
Program penerangan mengenai kebakaran dan cara menyelamatkan diri dan cara-cara memadam api dengan penyembur ABC.
Anak-anak Pasti diajar cara menyelamatkan diri bila berlaku kebakaran.Sementara guru-guru dan ibubapa diberi peluang untuk praktikal memadam api kebakaran. 
Diakhir program Pengarah Pasti Che Lijah,Mohd Haffiz Mat Nor menyampaikan cenderamata dan hamper kepada anggota bomba yang terlibat.
Syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Dungun. 






Adiosss...Graciasss...!!!

Sunday, February 19, 2017

Himpunan RUU 355...Padang Merbok,KL.

  Detik bersejarah tercatat di Kuala Lumpur pada 18 Feb 2017, apabila ratusan bas membawa ribuan peserta dari seluruh negara ke himpunan rang undang-undang 355 mula memasuki bandaraya kosmopolitan ini.  
  Warga Pasbinjai tidak ketinggalan dalam menyertai perhimpunan yang bersejarah dan bermakna ini.Sebuah bas disewa bagi tujuan ini.




Semua peserta perhimpunan berkumpul di Masjid Negara sebelum ke Padang Merbok untuk acara kemuncak perhimpunan dan pidato umum.Pelbagai pihak daripada menteri,ahli politik,pemimpin badan bukan kerajaan(Ngo),persatuan dan orang ramai menyertai himpunan ini.




Sebahagian peserta berkumpul di hadapan Sogo dan sebahagian lagi di Masjid Negara. 
Jam 2 petang peserta mula berarak  dari Pertama Kompleks dan bergabung dengan kumpulan di Masjid Negara  seterusnya ke Padang Merbuk untuk acara kemuncak himpunan dan pidato umum.Padang Merbok penuh sesak dan melimpah ruah dengan lautan manusia berbaju ungu.





Pidato umum bermula pada jam 3 petang dan berlarutan hingga malam dalam suasana hujan.Namun peserta himpunan tidak berganjak dari hujan.

Adiosss...Graciasss...!!! 


Saturday, February 11, 2017

Alhamdulillah selesai menjalani mesyuarat agung PAS cawangan Binjai/Che Lijah di markas PAS cawangan.Majlis perasmian disempurnakan oleh Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani selaku Ajk Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.




Dalam ucapan perasmian beliau menyeru orang-orang Islam hadir dan memberikan sokongan padu terhadap pindaan akta RUU 355 yang akan berlangsung tidak lama lagi. 
Selepas perasmian disampaikan sijil ahli kepada ahli yang telah mendaftar sebagai ahli PAS.Juga disampaikan plak "Jasamu Dikenang" kepada ajk yang telah berkhidmat pada sessi lepas.







Mesyuarat kali ini berlaku pemilihan baru ajk cawangan,ajk pemuda dan ajk muslimat serta penubuhan sayap baru Ameerah.
Sebagai meraikan kehadiran ahli-ahli dan penyokong,diadakan juga hadiah cabutan bertuah yang berupa periuk elektrik,kipas angin dan sebuah basikal.










Bagi pemenang hadiah cabutan bertuah,bolehlah pulang dengan senyum lebar.


  Adiosss...Graciasss...!!!

Sunday, January 15, 2017

Retreat KAMI...Sg.Lasir,Kenyir.

Hari ke 3...!

  Tamat sudah Retreat KAMI yang berkampung di Sg.Lasir,Kenyir 3 hari 2 malam.Berbagai pengalaman dan kenangan yang terpahat di hati masing-masing.Ukhuwah yang terjalin antara satu sama lain amat kukuh dan rapat.
  Sebelum meneruskan pelayaran berlepas pulang,peserta menerima sijil penyertaan masing-masing dan hamper.








  Peserta tidak melepaskan peluang bergambar kenangan dengan penganjur program dalam pelayaran pulang ke Pengkalan Gawi.










  Segala kenangan yang terpahat akan kekal dalam lubuk ingatan...sekian!

 Adiosss...Graciasss...!!!

Saturday, January 14, 2017

Retreat KAMI...Sg.Lasir,Kenyir.

Hari ke 2...!

  Peserta dikejutkan dari lena mimpi seawal jam 4.30 pagi untuk berqiam dan tahajjud sehingga waktu subuh.Selepas solat subuh berjamaah,dihidangkan kuliah subuh oleh pengarah program, Nazmi Ghazali.



Selepas sarapan pagi aktiviti penerangan teknik-teknik penulisan berita disampaikan oleh Editor Harakah,Wan Nordin Wan Yaakub.Banyak input berguna yang diterangkan oleh beliau.






Tengah hari makan disediakan oleh muslimat yang bertugas.Menu nasi putih berlauk ikan bakar ,budu dan ulam disediakan untuk mengalas perut peserta.






Selepas makan tengah hari aktiviti ditangguhkan untuk solat qasar dan jamak serta rehat.Peserta diberi kebebasan untuk menikmati keindahan dan kedinginan air terjun Lasir.Peluang ini diambil untuk berendam dan mandi manda sepuas hati.






Selepas acara bebas,peserta dibahagikan kepada 7 kumpulan dan diberi beberapa tugasan untuk membuat liputan berita semasa.Peserta menempuh denai,jalan licin dan jambatan gantung untuk mencari objek cerita yang menarik.







Selesai tugasan mencari objek berita,peserta terus membuat suntingan berita ringkas.Setiap berita perlu dipersembahkan dalan bentuk slideshow untuk penilaian Editor Harakah. Tiga berita terbaik akan menerima hadiah hamper sumbangan penganjur program.





  
Selesai program retreat hari kedua...semua peserta kepenatan tak terhingga!!!

Adiosss...Graciasss...!!!