Friday, April 29, 2011

Futsal Pas Binjai vs Pas Pak Sabah...!

     26 April 2011 di Gelanggang Futsal Twin Court pada jam 9.00 malam satu aktiviti futsal persahabatan di antara Pas Cawangan Binjai dan Pas Cawangan Pak Sabah diadakan.Hampir 20 orang hadir dalam aktiviti ini.Aktiviti sebegini wajar diteruskan untuk menarik golongan muda mendekati dan mengenali perjuangan PAS.Syabas diucapkan kepada kedua-dua cawangan yang meneroka aktiviti ini.









saksikan aksi-aksi menarik futsal ini...!




  Adiosss...!               

Friday, April 22, 2011

Ops PGU Cawangan Binjai / Che Lijah...!


 22 April 2011,satu program Ops Pgu telah dilaksanakan di Upu Binjai / Che Lijah di bawah seliaan Ketua Cawangan Pas Binjai / Che Lijah saudara Mustaffa Ismail dan dibantu oleh AJK cawangan,AJK pemuda dan AJK muslimat.Program ziarah ini dilakukan untuk mendekati pengundi dan bertanya khabar.Program bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari.
Petugas dibahagikan kepada 4 kumpulan dan digerakkan ke kumpulan sasar di sekitar cawangan ini.Rata-rata petugas mendapat respon yang baik dari kumpulan sasar yang diziarahi.Petugas pula tidak lupa menghulurkan buah tangan sebagai menghargai kunjungan kami.  

Mengagihkan buah tangan.

Petugas sedang bersarapan pagi.

Bersiap sedia untuk melakukan ziarah.

                                            Antara rumah yang dikunjungi.

Bertanya khabar seorang warga emas.


Jamuan makan tengahari disediakan untuk petugas.