Saturday, December 17, 2016

Bantuan Awal Persekolahan Dun Rantau Abang...!

Program bantuan awal persekolahan bagi sessi persekolahan tahun 2017 diadakan bersebelahan Kedai Makan Acid Corner di Bukit Pak Sabah,Dungun.
Program anjuran Lajnah Kebajikan Dun Rantau Abang yang dijadikan aktiviti tahunan ini disempurnakan oleh YB Dun Rantau Abang,Cikgu Alias Harun dan dirasmikan oleh AhliParlimen Pas Dungun,Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.
Hampir 350 murid fakir miskin dan 150 orang murid anak yatim menerima bantuan berupa pakaian dan kasut sekolah.
Selesai pembahagian baucer YB Dun Rantau Abang turut menyantuni mereka dikedai penukaran baucer tersebut.

  







                      










Adiosss...Graciasss...!!!

Sunday, December 4, 2016

Majlis Makan Malam Dana PRU 14.


  Majlis makan malam dana PRU 14 anjuran Lajnah Penerangan DUN Rantau Abang di Restoran Sudugarfu Dungun.
Antara pimpinan yang hadir Ahli Parlimen Dungun,Ustaz Wan Hassan Wan Ramli dan Adun Rantau Abang,Cikgu Alias Harun.
Majlis ini sepatutnya dihadiri juga Ahli Parlimen Temerloh,Ustaz Nasruddin Tantawi tetapi disebabkan keuzuran tempat beliau diganti oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia.Ir Hj.Khairil Nizam Khirudin.
Majlis santai dengan dialog isu-isu semasa dipengerusikan oleh Ketua Pemuda PAS Dun Rantau Abang,Ustaz Mohd Fadhli Rahmi .










 Majlis berjalan dalam keadaan hujan renyai-renyai...!

      Adiosss...Graciasss...!!!

Saturday, November 19, 2016

Ihtifal Pasti Al Mukmin Qaryah Che Lijah 2016.

  Majlis ihtifal Pasti Al Mukmin Che Lijah berlangsung dengan jayanya.Seramai 60 orang murid menerima sijil masing-masing.Majlis dirasmikan oleh YB Dun Rantau Abang,Cikgu Alias Harun.
  Pelbagai persembahan dilakukan oleh pelajar Pasti ini.

                                              Pentas Pasti
               
                                                Pengacara program. 

                YB Cikgu Alias Harun bersalaman dengan pelajar Pasti. 

                 YB Cikgu Alias Harun menandatangani buku lawatan Pasti. 

                                           Persembahan pelajar Pasti. 

                          Bacaan doa oleh Encik Sulaiman Senik. 

                         Ucapan Pengarah Pasti,Encik Haffiz Mohd Nor. 

       Ketua Cawangan PAS Binjai/Che Lijah,Hj. Ibrahim Senik sedang berucap. 

                         Perasmian oleh YB Cikgu Alias Harun 

                               Persembahan pelajar Pasti. 

                                Pelajar menerima hadiah dari YB. 

           Timbalan ketua cawangan,Mohd Nor Awang Kechik menyampaikan hadiah.                                        
                         Pelajar terbaik menerima hadiah.

                        Jamuan makan selepas program selesai. 

Sup tulang menu istimewa.

Adiosss...Graciasss...!!!

Saturday, November 5, 2016

Karnival Senjata dan Keris Antik Terengganu.


 ‘Sundang’ Senjata Lama Milik Presiden PAS Menjadi Perhatian.

MARANG – Karnival Keris Antik Terengganu dianjurkan secara bersama Persatuan Seni Purba Terengganu, Lajnah Dakwah PAS Kawasan Marang, Penyelaras Dewan Tok Guru di sini berjaya menarik kunjungan ribuan peminat senjata lama, hari ini.

Pameran selama sehari yang diadakan di Dewan Tok Guru di perkarangan Masjid Rusila di sini turut merangkumi koleksi pedang, lembing, keris, badik, tombak dan pelbagai lagi jenis senjata lama didatangkan dari dalam dan luar daerah ini.






Paling menarik apabila kira-kira 10 bilah senjata lama milik Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut dipamerkan kepada ribuan pengunjung membanjiri tapak pameran di Dewan Tok Guru di Rusila itu.


Senjata lama milik Ustaz Abdul Hadi itu termasuk salah satunya dipanggil ‘sundang’ yang sudah berusia beratus tahun di mana senjata tersebut telah diwarisi daripada nenek moyangnya.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Dewan Tok Guru, Rosman Awang, 46, karnival itu, selain mencungkil dan membongkar budaya silam, ia juga bertujuan memberi pendedahan kepada generasi muda terhadap fungsi senjata dalam dunia Melayu.

Menurutnya, lebih 300 koleksi pelbagai jenis senjata lama dipamerkan sempena pameran yang diadakan buat kali pertama itu dan sepanjang pameran berlangsung turut diadakan pertandingan senjata lama di samping pertunjukan seni silat dan persembahan busker.






“Pelbagai jenis senjata-senjata lama dipamerkan mempunyai keunikan tersendiri dan yang paling menarik apabila Tok Guru (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) turut membenarkan senjata lama miliknya dipamerkan dalam pameran pada kali ini.






“Kira-kira 10 bilah senjata milik beliau dipamerkan termasuk ‘sundang’ yang sudah berusia beratus tahun. Sundang ini diwarisi oleh Tok Guru daripada nenek moyangnya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tapak pameran di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Seni Purba Negeri Terengganu, Mohd Nasir Awang, 38, dan Ketua Lajnah Kesenian dan Dakwah Pas Kawasan Marang, Abu Bakar Salleh, 49.

Rosman berkata, kesemua senjata lama dipamerkan sempena pameran khususnya yang tradisional dan antik adalah tidak ternilai harganya kerana ia berdasarkan kekayaan warisan budaya, estetika dan seni dalam hasil pembuatannya.






 Karnival ini diakhiri dengan penutup oleh YB Dun Bukit Payung,Ustaz Mohd Nor Hamzah.Persembahan silat dan pembahagian sijil serta hadiah cabutan bertuah untuk pengunjung bertuah dilakukan.









Kredit berita kepada Buletin Online Net dengan sedikit penambahan pada teks.Gambar oleh Pasbinjai...!

 Adiosss...Graciasss...!!!