Adiosss...Graciasss...!!!
Wednesday, August 31, 2016
Ambang Merdeka.
Sambutan Ambang Merdeka anjuran Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu ( DPPNT ) diadakan di Dataran Kokhidmat,Kuala Ibai.Program bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada 12.00 tengah malam dengan tembakan bunga api.Antara tetamu istimewa pada malam ini adalah kehadiran Bob Lokman dan Daei Sejuta Umat,Ustaz Azhar Idrus.
Saturday, August 20, 2016
Kongres Rakyat Terengganu 2016.
Kongres Rakyat Terengganu yang diadakan di Terengganu Equestrian Resort,Kuala Ibai, 20 Ogos 2016.Pelbagai pihak NGO menyuarakan permasalahan rakyat dan solusion untuk mengatasi masalah tersebut.Kongres berlangsung sehari suntuk dari jam 8.30 pagi hingga jam 3.00 petang.Orang ramai memenuhi dewan ketika kongres berlangsung.
Adiosss...Graciasss...!!!
Adiosss...Graciasss...!!!
Saturday, March 26, 2016
Tarik Pukat bersama YB Dungun.
Program tarik pukat bersama YB Dun Sura dan YB Dun Rantau Abang diadakan di Pantai Teluk Lipat pagi ini.Program bermula jam 7.00 telah menarik perhatian nelayan pantai dan penduduk setempat untuk menyertai aktiviti ini.
Turut memeriahkan program ini Ahli Parlimen Kawasan Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.Hasil tangkapan yang dapat dibahagikan kepada orang ramai yang hadir.
Akhir program YB Dungun mengambil kesempatan untuk bergambar dengan orang ramai.
Adiosss...Graciasss...!!!
Sunday, March 20, 2016
Bengkel Media Dungun 2016.
Bengkel media dungun 2016 anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Kawasan Dungun diadakan di Dewan Seminar Madrasah Darul Bayan,Pinang Merah, Paka.Program bermula jam 9.00 pagi itu dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Dungun,Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli yang juga ahli parlimen kawasan tersebut.
Proffesional khas didatangkan dari Kuala Terengganu iaitu Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) menjadi nadi kepada bengkel ini.Empat orang pembentang kursus yang pakar dalam bidang masing-masing telah berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bengkel ini.Antaranya Presiden KAMI,Dr. Azman Ibrahim,Ketua Biro Harakah Terengganu,Khairul Azlam Mohamad,Wartawan,Sazali Mohd Noor dan jurufoto Ahmad Faizul.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada peserta teknik-teknik penulisan berita yang betul.Seramai 30 orang peserta mengikuti bengkel ini.
Akhir bengkel ini peserta diberikan sijil kehadiran kursus yang disampaikan oleh Ketua Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Kawasan Dungun,Cikgu Alias Harun merangkap ADUN Rantau Abang.
Adiosss....Graciasss!!!
Saturday, November 9, 2013
Ihtifal Pasti Al-Mukmin Qaryah Che Lijah 2013...!
Majlis ihtifal Pasti Al-Mukmin Qaryah Che Lijah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ahli Parlimen Dungun,Ustaz Wan Hassan Wan Ramli pada pukul 9:00 pagi 9/11/2013.
selesai pembahagian hadiah dan jamuan makan pada jam 11.30 pagi.
Adiosss...Graciasss!!!
Monday, October 14, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)










































