Sunday, August 19, 2012
Raya Qaryah Kg. Binjai...!
1 Syawal jatuh pada 19/8/12 hari ahad.Aidil Fitri diraikan dengan takbir,tahmid dan tasbih membesarkan Allah swt.Antara gambar yang sempat dirakamkan di hari raya aidil fitri di Surau Hj. Zakaria Kg. Binjai.
Friday, August 3, 2012
Saturday, November 5, 2011
Ihtifal Pasti Qaryah Che Lijah 2011.
Majlis Ihtifal Pasti Qaryah Kg.Che Lijah telah selamat diadakan pada hari Jumaat,4 Nov 2011 baru-baru ini.Majlis dihadiri para ibubapa kanak-kanak Pasti dan penduduk kampung Binjai/Che Lijah.
Majlis berlangsung di awal pagi dipengerusikan oleh Ustaz Izani b. Mat Amin dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pasti Negeri Terengganu ,Tuan Haji Mohd Harun b. Ibrahim.
Majlis berlangsung dalam suasana meriah dan diselang-selikan dengan pembahagian hadiah dan persembahan nasyid dari anak-anak Pasti yang terlibat.
Majlis tamat pada jam 11.30 pagi dan diakhiri dengan sedikit jamuan ringan.
Monday, October 17, 2011
Pgu 3 Pantai Pandak Chendering.
Gambar sekitar program Pas Ganti Umno di Pantai Pandak, Chendering pada 14-15 oktober 2011 baru-baru ini.
Adiossss.....!
Wednesday, August 31, 2011
Gambar Suasana Solat Aidil Fitri Pasbinjai...!
Sedikit gambar diupload oleh Pasbinjai untuk tatapan pengunjung di luar sana yang merindui kampung halaman.Kepada yang bermusafir di bumi anbiya...semoga terubat sedikit rasa rindu pada kampung halaman.Teruskanlah usaha menimba ilmu di sana...semoga anda mendapat berkat!
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri mohon maaf zahir batin...!
Adiosss...!
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri mohon maaf zahir batin...!
Adiosss...!
Monday, August 29, 2011
Salam lebaran 1432H...!
Pasbinjai mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432H seluruh muslimin dan muslimat walau di mana jua anda berada. Mohon kemaafan andainya terdapat salah dan silap...maaf zahir batin.
Adiosss...!
Adiosss...!
Friday, June 24, 2011
Program ziarah Pemuda Dun Rantau Abang...!
Jumaat 24 Jun 2011,Pemuda Dun Rantau Abang telah mengadakan program turun padang dan ziarah di cawangan Binjai/ Che Lijah.Program ini disertai oleh Timbalan Pemuda Pas Pusat,Ust.Azman Shapawi dan diiringi oleh Pengerusi Dun Rantau Abang,Tuan Hj.Alias Harun serta Ketua Pemuda Dun dan cawangan barisan ajk. Program pagi ini dimulai dengan menziarahi rumah mangsa kebakaran, saudara Shuaib Hussain di jalan rel lama di Kg.Che Lijah.Sumbangan juga dihulurkan bagi membantu meringankan beban beliau.
Adiosss...!
Sebelah petang selepas solat Asar program diterus dengan menziarahi beberapa buah rumah penduduk kampung.Petang ini hanya Tuan Hj. Alias Harun dan beberapa orang ajk sahaja yang terlibat.Hanya 3 buah rumah sahaja yang dikunjungi.
Selesai program ini ajk diperlawa untuk menikmati sedikit jamuan ringan di rumah Ketua Pemuda Cawangan Pas Binjai sebelum pulang.
Adiosss...!
Subscribe to:
Posts (Atom)
