Wednesday, August 11, 2010

Gotong Royong bersama POA-CSR...!

  Seminggu sebelum puasa ajk surau Hj.Pak Ya telah merancang satu program gotong royong bersama staff Petronas Gas Berhad dari Kompleks A Kerteh.Program sehari suntuk ini dilakukan pada hari Sabtu 7/8/2010 yang lalu.Pihak Poa-Csr diketuai oleh Poa Senior Manager Cik Norihan Bt.Deris dengan para sukarelawan seramai 50 orang lebih.


  Acara pagi dimulai dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ust.Aidil Adha dari PGB dan diikuti dengan ucapan aluan dari tuan rumah.Selepas itu ucapan dari Poa Senior Manager, Cik Norihan Bt. Deris yang menyentuh mengenai tanggungjawab sosial syarikat korporat seperti Petronas yang prihatin dengan pembangunan masyarakat setempat. 


  Selepas sarapan para sukarelawan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk tugasan selanjutnya.Team mengecat,team potong rumput,team housekeeping dan team membersih kawasan surau.Program ini dilaksanakan dengan penuh ukhuwah tanpa mengira darjat dan pangkat.Penduduk kampung amat berbesar hati dan menghargai kerja-kerja amal yang dilakukan oleh pihak Poa-Csr ini.





  Diakhir program ini disediakan jamuan makan tengahari dan ucapan terima kasih ajk surau kepada pihak PGB.Sijil penghargaan juga disampaikan sebagai tanda kenangan abadi dari ajk surau dan seluruh qaryah.Sedikit buah tangan yang merupakan buah-buahan juga disampaikan kepada pihak Poa-Csr. Sessi bergambar kenangan beramai-ramai juga diabadikan.Semoga Allah jua yang membalas budi kalian.Amin...! 


                                                                          


 Gracias...!

No comments:

Post a Comment