Friday, February 18, 2011

Pelancaran Jentera Pilihanraya DUN Rantau Abang...!

  MTD Pas Rantau Abang telah selamat mengadakan pelancaran jentera pilihanraya pada petang Jumaat 18 Feb 2011.Program yang berlangsung di Markas Az-Tazkirah Surau Ust.Hj. Daud,Balai Besar menghimpunkan ahli dan penyokong dari upu DUN Rantau Abang amatlah membanggakan.
 Majlis dirasmikan oleh Tuan Guru Hj.Hadi Awang selepas berkhutbah Jumaat di Masjid Pulau Serai.Selepas solat Jumaat Tuan Guru Presiden diraikan dan diberi taklimat berkenaan Dun Rantau Abang di pejabat DUN di Bangunan Pas Kawasan Dungun.Selesai sessi taklimat Tuan Guru diiringi konvoi bermotosikal menuju ke Markas Az-Tazkirah untuk pelancaran program ini.Kehadiran Tuan Guru Presiden disambut dengan laungan takbir oleh para penyokong Pas.Sepanjang majlis ini lebih 50k berjaya dikumpulkan sebagai dana pilihanraya akan datang.
  Selepas program ini sebelah malamnya Tuan Guru Presiden menyampaikan ceramahnya di Felda Kerteh 1,di Paka.


Gambar ehsan Penerangan Rantau Abang.

Ketua Upu Pak Sabah menerima bendera.

Tuan Guru Presiden menerima cenderamata.

Bacaan ikrar oleh Tuan Hj. Alias Harun.

Antara yang hadir.

Jamuan ringan.


No comments:

Post a Comment