Saturday, February 3, 2018

Mesyuarat Agung PAS Cawangan Binjai/Che Lijah ke 34.

Alhamdulillah PAS Cawangan Binjai/Che Lijah telah selesai melaksanakan mesyuarat agung kali ke 34 pagi ini.Pas Binjai/Che Lijah tidak pernah gagal melaksanakan tanggungjawab ini sejak sekian lama walaupun pimpinan silih berganti.Cawangan ini tetap utuh mengharungi gelombang masa dan menyumbang kemenangan bagi Dun Rantau Abang.


Pagi ini  PAS Cawangan Binjai/Che Lijah bermesyuarat dan dirasmikan oleh Ustaz Sheikh Hanafi Sheikh Hassan selaku Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Dungun.Kehadiran amat menggalakan dari ahli dan penyokong setempat.


Ketua cawangan,Haji Ibrahim B.Senik menyambut ketibaan Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Dungun,Ustaz Sheikh Hanafi Sheikh Hassan ke markas PAS Binjai/Che Lijah.


   Dalam ucapan ringkas,Ustaz Sheikh Hanafi mengariskan beberapa arahan dan tips untuk mencapai kemenangan dalam PRU 14 yang bakal tiba nanti.Beliau mengharapkan ahli dan penyokong PAS bersedia dan bekerja lebih kuat untuk mencapai kemenangan itu.Patuh pada arahan pimpinan parti dan melaksanakan program secara tersusun adalah kunci kejayaan parti.



  Ustaz Sheikh Hanafi menerima cenderahati dari Ketua Cawangan PAS Binjai/Che Lijah,Haji Ibrahim B.Senik dan menikmati jamuan selepas perasmian mesyuarat agung.



   Mesyuarat agung dikendalikan oleh timbalan pengerusi tetap,Encik Nor Lizam b.M Razali.

Sessi pembentangan penyata kewangan bagi tahun 2017 oleh bendahari,Encik Zainuddin Mohd Hasan dan bergambar selepas selesai mesyuarat agung.



      



Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengahari.

       Adiosss...Graciasss...!!!

No comments:

Post a Comment