Sunday, March 20, 2011

Pas ganti Umno 2 - Jerteh.

   19 March 2011 bertempat di Dataran PGU di belakang Masjid Hadhari, Jerteh telah berlangsung program Pas ganti Umno siri ke 2.Program yang menghimpunkan ahli-ahli dan penyokong PAS dari seluruh negeri berkampung di sini sehari suntuk.Program yang dirasmikan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan dipenuhi dengan ceramah motivasi dari pimpinan PAS negeri.
  Disebelah malamnya pula diadakan ceramah yang dibarisi oleh YB Tan Siang Giew,YB Azmin Ali dan Tuan Guru Presiden PAS.


























 Adiosss...!!!

Friday, February 18, 2011

Pelancaran Jentera Pilihanraya DUN Rantau Abang...!

  MTD Pas Rantau Abang telah selamat mengadakan pelancaran jentera pilihanraya pada petang Jumaat 18 Feb 2011.Program yang berlangsung di Markas Az-Tazkirah Surau Ust.Hj. Daud,Balai Besar menghimpunkan ahli dan penyokong dari upu DUN Rantau Abang amatlah membanggakan.
 Majlis dirasmikan oleh Tuan Guru Hj.Hadi Awang selepas berkhutbah Jumaat di Masjid Pulau Serai.Selepas solat Jumaat Tuan Guru Presiden diraikan dan diberi taklimat berkenaan Dun Rantau Abang di pejabat DUN di Bangunan Pas Kawasan Dungun.Selesai sessi taklimat Tuan Guru diiringi konvoi bermotosikal menuju ke Markas Az-Tazkirah untuk pelancaran program ini.Kehadiran Tuan Guru Presiden disambut dengan laungan takbir oleh para penyokong Pas.Sepanjang majlis ini lebih 50k berjaya dikumpulkan sebagai dana pilihanraya akan datang.
  Selepas program ini sebelah malamnya Tuan Guru Presiden menyampaikan ceramahnya di Felda Kerteh 1,di Paka.


Gambar ehsan Penerangan Rantau Abang.

Ketua Upu Pak Sabah menerima bendera.

Tuan Guru Presiden menerima cenderamata.

Bacaan ikrar oleh Tuan Hj. Alias Harun.

Antara yang hadir.

Jamuan ringan.


Saturday, February 12, 2011

Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT ) 2011...!

Gambar sekitar program HIMPIT di padang bola Pekan  Bt. 6, Terengganu pada 11 Feb 2011.Program dihadiri ribuan pemuda dari seluruh pelusuk negeri Terengganu.Program ini dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat,Ust. Nasharudin Hasan Tantawi.Turut menghadiri program adalah Tuan Guru Presiden PAS,Tuan Hj. Mohamad Sabu dan Ikon pemuda Al Fadhil Usz. Azhar Idrus.
Tuan Guru Hj. Abdul Hadi menyampaikan amanat kepada para pemuda sementara Tuan Hj. Mohamad Sabu memberi motivasi dan Ust. Azhar Idrus menyampai kuliah selama 2 jam.


Pintu gerbang HIMPIT.

Perasmian oleh Ketua Pemuda PAS Pusat.

Pemuda Islam yang hadir.

Tekun dan khusyuk mendengar amanat.

Pengerusi majlis Ust.Sheikh Hanafi.




Saturday, January 15, 2011

Himpunan Kebangkitan Rakyat-Pas Ganti Umno!


    Sabtu 15.01.2011 menjadi tarikh keramat rakyat berhimpun di Dataran Tok Guru,Kemaman dan menjadi saksi betapa rakyat dari segenap penjuru negeri Terengganu datang untuk menyatakan sokongan untuk menyingkirkan umno dalam pru akan datang.Ada yang sanggup konvoi berbasikal dari Dungun untuk menyertai program ini.Syabas diucapkan kepada anda yang sanggup berkorban masa,tenaga dan wang ringgit menyokong perjuangan yang Pas yang penuh ranjau ini.
   Himpunan yang dihadiri oleh Mursyidul Am Pas,Tuan Guru Presiden dan pimpinan negeri serta diserikan dengan kedatangan Ketua Umum PKR.Majlis berlangsung sehari suntuk dan ditamatkan dengan ceramah umum pada sebelah malamnya.




 
 
   Penulis sempat merakamkan sedikit video untuk tatapan pengunjung semua...saksikan!





 

Friday, December 31, 2010

Bubur Asyura Qaryah Kg. Binjai...!

      25 Muharam 1432 adalah hari terakhir tahun masehi 2010 sudah sampai ke penghujungnya.Sepanjang tahun dah bermacam-macam program di atur untuk memenuhi jadual aktiviti masyarakat Qaryah Kg. Binjai.Bagi permulaan bulan Muharam tahun ini...aktiviti memasak bubur asyura secara gotong-royong dilakukan beramai-ramai.Masyarakat Binjai sudah terkenal dengan semangat kerjasama dan gotong royong.
     Pagi Jumaat hari terakhir 2010 gotong royong memasak bubur asyura dilakukan di Surau Hj. Zakaria,Binjai.Seawal jam 9 pagi, ramai yang datang membantu mengupas ubi keledek,memotong daging,memasak nasi dan menyediakan rempah ratus.Sebanyak 2 kawah  disediakan untuk memasak bubur asyura ini.Memasak bubur asyura ini mengambil masa yang agak lama untuk masak sepenuhnya.Hampir 6 jam barulah masak dan sedia untuk dimakan panas-panas.
    Kawah pertama siap dimasak pada pukul 4 petang dan kawah kedua pula siap pada pukul 5.30 petang.

Sebakul ubi keledek yang sudah siap dipotong sebagai bahan untuk dimasukan ke dalam bubur asyura. 

 Kawah pertama perisa ayam dimasak oleh Abang Din dan Ust. Mazlan dan dilakukan secara bergilir-gilir oleh tenaga sukarela yang lain.

Antara tenaga muda yang turut serta.
  
Bubur yang sudah masak dimasukan ke dalam bekas untuk diagihkan kepada penduduk kampung.



Hidangan untuk para jamaah dan pengajar pada sebelah malamnya.

Saturday, December 18, 2010

Sumbangan Anak-Anak Yatim DUN Rantau Abang.

   Awal tengahari ini penulis menerima panggilan dari ketua cawangan PAS Binjai memaklumkan satu program Pemuda PAS DUN Rantau Abang akan diadakan di sini.Kebetulan ketua cawangan berada di Kota Bharu sedang makan angin dan mewakilkan penulis untuk menghadiri program ini.Penulis bergegas ke surau tempat berkumpul ajk program ini.Penulis dimaklumkan satu program kebajikan Pemuda DUN Rantau Abang akan dilakukan di cawangan sekitar DUN ini.
  Program sumbangan kepada anak-anak yatim ini adalah inisiatif Pemuda PAS DUN Rantau Abang.Program ini dimulakan di cawangan Binjai / Che Lijah dan diikuti di lain-lain cawangan.
  Di cawangan Binjai / Che Lijah,rombongan ini diketuai oleh Cikgu Alias selaku Pengerusi MTD Rantau Abang dan dibantu oleh AJK Pemuda DUN.Rombongan ini dibawa oleh ketua muslimat PAS Binjai ke rumah anak-anak yatim yang terpilih dalam program ini.Sebanyak 7 buah rumah telah diziarahi dan diberikan sumbangan berupa beg sekolah sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan. 
  Berikut adalah sebahagian gambar yang sempat dirakam di cawangan Binjai / Che Lijah.

Cikgu Alias menyampaikan sumbangan kepada adik Mohd Rozamirshah B. Mohd Razali.


Adik Siti Zuhaina Shahera Bt. Zakaria gembira menerima sumbangan.


Mengunjungi rumah adik Muslihuddin dan Mohd Mustaqim b. Aziz yang yatim piatu.


Kelihatan Cikgu Alias sempat membeli ubi kayu sambil diperhatikan anggota rombongan.


Adik Mohd Aiman b. Johar menerima beg sumbangan.

Ibu adik Khir Johari b. Amran menerima sumbangan bagi pihak anaknya.


Sempat berbual mesra dengan Ketua Pemuda DUN sebelum beredar.


Adik Nur Adawiyah bt. Fauzi malu-malu menerima sumbangan.
  

Antara AJK Pemuda DUN yang terlibat dalam program ini.

Ahli rombongan rata-rata diterima baik oleh tuan rumah dan diperlawa untuk minum namun terpaksa ditolak dengan baik untuk meneruskan program ini.Penulis hanya berkesempatan menyertai program sampai di sini sahaja.Selepas ini diteruskan di cawangan Pulau Serai.



Friday, November 12, 2010

Ihtifal PASTI Al-Mukmin,Che Lijah.

   Majlis Ihtifal PASTI Al-Mukmin,Che Lijah telah diadakan pada pagi Jumaat 12 Nov 2010.Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi pasti Al- Mukmin dan diikuti oleh Penyelaras PASTI Kawasan Dungun  dan dirasmikan oleh Ustaz Shukri Abdullah.Selepas perasmian pelajar-pelajar PASTI membuat persembahan mengalunkan azan,bercerita dan nasyid berkumpulan.Akhirnya penyampaian sijil kepada pelajar dan pembahagian hadiah cabutan bertuah dilakukan.Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari beramai-ramai.


Perasmian oleh Ustaz Mohamad Syukri Nazar.


Pelajar PASTI mengalunkan azan.

                                                              
                            Persembahan nasyid dari pelajar PASTI.

                                                                                                                
       Pelajar perempuan PASTI menyampaikan cerita Nabi Nuh as.
                               
Penyampaian hadiah cabutan bertuah oleh Saudara Mohd Nor.


Penyampaian hadiah oleh Pengerusi PASTI.


Ustaz Mohamad Syukri Nazar menyampaikan hadiah.


Ketua Cawangan Pas Binjai turut menyampaikan hadiah.

Ketua cawangan PAS menyampaikan hadiah kepada En.Mohd Nor.

Ketua Pemuda menyampaikan hadiah.

Penyampaian hadiah cenderamata kepada Ustaz Mohamad Syukri.

Hadiah untuk guru.

Hadiah khas cabutan bertuah disampaikan oleh Admin Pasbinjai kepada Pengerusi surau, Mohamad b. Jusoh.

Hadiah cenderamata kepada pengerusi majlis disampaikan oleh Pengerusi PASTI.

Menikmati hidangan nasi ayam. 

Jamuan makan tengahari.