Sambutan dari peserta kursus amat menggalakkan.Lebih dari 50 orang peserta dari pelbagai Dun dan kawasan menyertai bengkel ini.Peserta kursus didedahkan teknik-teknik penggunaan kamera dan cara penyuntingan gambar dengan betul.
Sazali Mohd Noor selaku Timbalan Presiden KAMI merasmikan dan menutup kursus ini.
Ustaz Hishamuddin Abd. Karim,Adun Tepoh yang turut berada di dewan ini turut memberikan ucapan ringkas menyeru peserta menggunakan peluang ini untuk menyebarluaskan dakwah PAS samada melalui tulisan dan gambar.
Sebelah petang diadakan mini outing di perkarangan Stadium Sultan Mizan,Gong Badak dan gambar terbaik akan diberikan hadiah saguhati berupa hamper.
Program berakhir jam 5.00 petang...!
Adiosss...Graciasss...!!!
No comments:
Post a Comment