Seawal jam 8.30 pagi muslimin dan muslimat keluar menyiapkan persediaan gotong royong.Sebanyak 2 kawah bubur assyura disediakan untuk dimasak pada hari ini.
Menjelang tengahari jamuan makan disediakan.Nasi berlauk ikan singgang dan ulam-ulaman serta budu menjadi menu utama.Sementara muslimin ke masjid untuk solat Jumaat...kaum muslimat mengambilalih tugas memasak.
Kerja memasak bubur assyura ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan.Hampir pukul 3 petang baru kerja memasak hampir selesai.Bubur ini dipekkan untuk diagih kepada qaryah surau yang hadir gotong royong ini.Selebihnya dibahagikan kepada penduduk yang berdekatan dengan surau dan sekitarnya.Segalanya siap hampir jam 5 petang.
Adiosss...Graciasss....!!!
No comments:
Post a Comment